Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Sabtu, 6 April 2013

Bukti Rosmah beli cincin RM24 juta

 
 
 
 
KETERANGAN VIDEO :-

Cincin tersebut dibawa oleh wakil Jewellry Jacob & Co New York mengiringi bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev. ke kediaman PM di Putrajaya sebagai bahan pameran dan promosi. Maira Nazarbayev merupakan salah seorang pelanggan tetap syarikat sebagaimana yang diperjelas menerusi video tersebut. Persoalannya, adakah Rosmah benar2 membeli cincin tersebut?








Ketika cincin itu dibawa masuk ke Malaysia pada 16 April 2011, beberapa proses dilakukan di KLIA termasuklah urusan pengisytiharan Kastam mengikut prosedur Undang2 yang dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd. (Klik pada imej borang di atas untuk lihat lebih jelas)



Jujur betul Rosmah. Nak beli cincin harga RM24 Juta kena check kastam. Isteri PM pulak tu? Kenapa tak masuk secara menyeludup je? Confirm kantoi?



Kan Kuasa Rosmah lebih besar dari PM? Siap arah Najib lagi. Rosmah arah jela tiada sebarang bentuk prosedur dilakukan ketika bawa cincin tu. Berani kau nak lawan? Pembangkang yang kata la.



Isteri PM ke, Isteri TPM ke, kastam tetap kena check. Buat apa nak takut? Sebab Rosmah tak belipun cincin tu. Kan...








Seterusnya, pemeriksaan Kastam sekali lagi dilakukan di KLIA ketika cincin tersebut dibawa keluar pada 20 April 2011 ke Singapura bagi tujuan pameran buat pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan. (Klik pada imej borang di atas untuk lihat lebih jelas)



Dilaporkan setelah promosi pameran terakhir di Hong Kong, ianya dibawa pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011.



Tak percaya jugak? Tengok puas2 imej di bawah ni. Borang Pengisytiharan Kastam Amerika-Pengembalian produk Amerika tanpa cukai. Gila tak gila punya bukti. (Klik untuk lihat lebih jelas) : -





Hah. Nak terang apa lagi? Taukey cincin sendiri sudah nafi. Anwar nak bagi alasan apa? Taukey cincin dibeli BN? Alasan sama jugak. Mamposs la semua nak dibeli. Sudah2 lah. Nak tegur, tegur la. Tak kira siapapun manusia tu. Isteri PM pun tiada masalah kalau nak ditegur. Manusia. Tak ada yang sempurna. Asalkan teguran tu membina, baguslah kalau beritahu kat dia dengan cara baik.

Jangan heret Rosmah dengan cerita2 gosip dalam kancah politik. Fitnah pulak tu. Kalau nak cerita sepak terajang politik ni sampai kiamat tak selesai. Serabut. Tapi biarlah Orang politik berdepan dengan lawannya dalam gelanggang yang sama.
 
 
 
Petikan; http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2013/04/video-kantoi-pengakuan-taukey-cincin.html


******************
Seluruh pemimpin PAS yang melebel diri mereka sangat Islam bukannya tak tahu benda ni tak benar, tetapi sahaja nak menipu rakyat dan menabur fitnah supaya timbul kebencian terhadap kerajaan BN sekarang. Mereka lupa Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya. Semoga Allah s.w.t akan menghukum perbuatan mungkar mereka dalam PRU13 nanti...AMIN..AMIN..AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan