Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Ahad, 7 April 2013

Idea Si Kitol, Anuar b. Ibrahim



Arab Spring....ini yang Anuar idamkan...adakah ini yang kita mahukan? Walaupun Hosni telah jatuh kekacauan masih berterusan. Jadi di mana rasionalnya demonstrasi jalanan di Malaysia. Ini membukti demonstrasi jalanan tidak ada kebaikannya. Demonstrasi jalanan lebih banyak bencananya daripada nikmatnya. Demonstrasi jalanan bukan pilihan yang betul untuk menuntut keadilan. Demonstrasi jalanan tidak menggambarkan  sokongan sebenar rakyat. Demonstrasi jalanan hanya untuk segelintir  rakyat yang berjiwa memberontak dan mudah termakan fitnah.


Di Malaysia Bersih 1,2 dan 3 hanya menimbulkan kekacauan dan keresahan di kalangan rakyat yang cintakan keamanan. Demonstrasi yang dilakukan oleh Pakatan hanya memudahkan anasir asing untuk menghuru-harakan negara. Anuar melalui Bersih 1,2 dan 3 cuba membuktikan kepada kerajaan bahawa dia mendapat sokongan rakyat. Walaupun Anuar, Hadi dan Lim dapat mengarahkan 1 juta penunjuk perasaan jalanan sekalipun, ia tidak dapat mewakili lebih 13 juta pengundi yang ada sekarang dalam PRU 13.

Kita masih ada peluang untuk menzahirkan hasrat kita melalui pilihan raya. Kerajaan tidak pernah menghalang hak rakyat. Hanya pemimpin pembangkang sahaja yang selalu menggambar Malaysia tidak aman, seolah-olah rakyat maha dizalimi. BN dilihat segala-gala dan serba-serbinya tidak baik. Mereka menggambarkan Malaysia lebih teruk dari negara-negara yang sangat teruk di dunia ini. Jenayah berleluasa, dan rakyat ketakutan untuk keluar rumah. Malah rakyat Malaysia  diperlihatkan sangat sukar untuk mencari rezeki.

 

Pakatan dengan janji bodohnya cuba mengubati hati rakyat dengan harapan yang kosong. Mereka berjanji akan menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, menghapuskan PTPTN, pendidikan percuma, gaji minima RM4k, menurunkan harga minyak, menurunkan harga barang dan rumah, menurunkan kos hidup rakyat, dan banyak lagi janji-janji bodoh yang ditaburkan kepada pengundi-pengundi yang bodoh. Di mana mereka akan mendapat wang untuk memenuhi janji-janji tersebut, amat mustahil.
 

Keraguan dan kesangsian kepada sistem pentadbiran negara.  Sistem yang ada masih bersih dan berjalan dengan lancar. Anuar dan kuncu-kuncunya sahaja yang cuba menimbulkan ketidakpercayaan terhadap sistem yang ada seperti sistem keadilan, polis dan SPR. Anuar cuba hendak menimbulkan huru-hara jika Pakatan kalah dalam PRU 13, kononnya SPR menyebelahi BN. SPR dan BN akan difitnah dan mendesak penyokong haprak mereka berarak ke jalan-jalan raya untuk merampas kuasa daripada kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.


 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan