Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Ahad, 12 Mei 2013

PRU14 - Hampir Mustahil BN Untuk Merampas Selangor

Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi DAP untuk Parlimen dan DUN .




Keputusan Pilihanraya baru-baru ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) telah kehilangan sebilangan kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihanraya sebelumnya. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini adalah kesan dari apa yang dikatakan 'tsunami Cina' .



Beberapa tokoh politik dari Pembangkang pula berpendapat sebaliknya, malah Merdeka Center selaku sebuah badan analisis bebas turut menyatakan pandangan Najib berkenaan 'tsunami Cina' adalah tidak tepat.


Penulis walau bagaimanapun lebih bersetuju dengan pandangan YAB PM berdasarkan corak sokongan kaum Cina terhadap BN sepanjang tempoh 2008 hingga 2013.



Majoriti kaum Cina sebelum tahun 2008 dilihat agak pasif dengan perkembangan politik tanah air malah mereka tidak menentang atau menunjukkan sokongan kepada Pembangkang secara terbuka....


Kegagalan Barisan Nasional pada Pilihanraya tahun 2008 dalam memperoleh majoriti 2/3 kerusi parlimen merupakan titik tolak momentum sokongan kaum Cina terhadap parti Pembangkang, tambahan pula PAS dilihat boleh berkompromi dengan gabungan DAP dan PKR dalam soal-soal perjuangan parti itu yang berteraskan Islam.



DAP yang merupakan parti majoriti kaum Cina mendahului PAS dan PKR dalam jumlah kerusi parlimen yang dimenangi iaitu sebanyak 38 kerusi.



Dalam konteks negeri Selangor [rujuk jadual atas tadi], DAP telah bertanding di 4 buah kerusi parlimen yang majoritinya pengundi Cina iaitu Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara dan Klang.


Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula , DAP turut bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Cina iaitu Sekinchan, Kuala Kubu Baru, Teratai, Kinrara,Damansara Utama, Kampung Tunku, Balakong, Seri Kembangan, Subang Jaya, Bukit Gasing, Sungai Pinang, Pandamaran, Kota Alam Shah, Teluk Datuk, dan Sungai Pelek. DAP menang di semua 15 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen yang ditandingi.




Jadual diatas adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PAS untuk Parlimen dan DUN .

Jadual diatas adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PKR untuk Parlimen dan DUN .


Daripada jadual yang ditunjukkan di atas, daripada 22 kerusi parlimen Selangor yang ditandingi Pakatan Pembangkang, 7 kerusi Parlimen dengan peratusan pengundi Cina 41-51% disapu bersih (100%) oleh Pakatan.


Bagi kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 31-40%, daripada 6 buah kerusi yang ditandingi Pakatan Pembangkang, 5 kerusi berjaya dimenangi (83.3%) .


Manakala untuk kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 21-30% dan kurang, Pakatan berjaya memperoleh 5 buah kerusi daripada 9 yang dipertandingkan dimana peratus kerusi yang dimenangi semakin berkurangan iaitu sebanyak 55.5%.


Dari data yang ditunjukkan di atas agak jelas apabila peratusan pengundi Cina yang semakin berkurangan di kerusi parliamen yang dipertandingkan, peratus kemenangan Pakatan Pembangkang juga semakin berkurangan.


Pola pengundian yang serupa turut ditunjukkan bagi kerusi DUN yang dipertandingkan . Bagi DUN yang mempunyai 60% dan keatas pengundi Cina, Pakatan Pembangkang memperoleh kesemua kerusi yang dipertandingkan (100%). 9 DUN yang mempunyai 51-60% pengundi Cina turut disapu bersih (100%) oleh Pakatan Pembangkang.


'Trend' yang serupa (100%) dituruti oleh pengundi di 3 DUN yang mempunyai 41-50% pengundi Cina. 'Trend' ini masih tidak menunjukkan perubahan di 6 DUN yang mempunyai 31-40% pengundi Cina apabila Pakatan Pembangkang memperoleh kemenangan di kesemua tempat.


Walau bagaimanapun, pola pengundian berubah di 32 DUN yang mempunyai peratus pengundi Cina yang rendah iaitu dalam lingkungan 1-30%. Pakatan Pembangkang berjaya memperoleh 20 kerusi daripada 32 yang DUN yang dinyatakan iaitu sebanyak 63.5%.


Dari corak pengundian yang ditunjukkan untuk DUN dan Parlimen , kenyataan Najib bahawa 'tsunami Cina' adalah tepat memandangkan BN langsung tidak memenangi sebarang kerusi untuk DUN bagi kawasan yang mempunyai peratus pengundi Cina dalam lingkungan 31-60%.


Faktor kemenangan BN di kawasan yang peratus pengundi Cina yang rendah (1-30%) dibantu sokongan pengundi-pengundi Melayu dan India. Kekalahan BN di kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi pula boleh dijustifikasikan sebagai pengaruh PAS itu sendiri terhadap pengundi-pengundi Melayu selain mempunyai beberapa 'kubu kuat' yang terus dikekalkan.


Kesan pengaruh PAS ini boleh dilihat apabila berlaku pertembungan antara calon PAS dan PKR di Kota Damansara yangmenyebabkan pecahan undi yang memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di kerusi DUN itu .


Walaupun BN berjaya memenangi 12 kerusi DUN Selangor, kebanyakkan majoriti yang diperoleh semakin berkurangan, ini mungkin berlaku disebabkan kehilangan sokongan minoriti pengundi Cina di kawasan itu.


Oleh yang demikian, 'Tsunami Pengundi Cina' seperti yang dinyatakan oleh Najib adalah berasas kerana ia merupakan faktor utama kegagalan BN memperoleh majoriti 2/3 apabila senario politik negara melihat peralihan besar sokongan kaum Cina terhadap parti Pembangkang.


Riak-riak sokongan ini boleh dilihat selepas PRU-12, kaum Cina lebih terbuka membantah dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan malah bersama-sama menyertai demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan Pembangkang. Senario ini tidak pernah berlaku semenjak pilihanraya tahun 1969....
Kredit-KLPos.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan