Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Jumaat, 24 Mei 2013

Suka duka guru melayu di sekolah cina

Pagi tadi Isnin 6 Mei, aku ke sekolah seperti biasa, muka guru-guru dan pelajar semuanya ceria dan gembira teramat sangat.

Semua gembira kerana Dap menang banyak, tetapi bila berkumpul sesama mereka, berbisik-bisik sesuatu yang serius, seorang rakan aku terdengar apa yang mereka bisikan, rupanya mereka takut sangat jika Pas keluar dari Pakatan, sebabnya khalayak boleh fikir dan nilai sendiri lah.

Selepas itu seorang lagi kawan aku bercerita., waktu dia dalam kelas pelajarnya dengan berani bertanya dia undi apa semalam., kemudiannya mereka berkata begini

"Cikgu undi roket lah, kalau Dap menang negara kita maju seperti Singapore, orang Dap sudah janji kalau Dap menang, orang Singapore akan datang tolong Dap..

"Kali ini pakatan rakyat sudah naik...lagi 5 tahun lagi kami semua sudah boleh undi, mahu undi roket, mahu jadi seperti Singapore"

Akan tetapi aku sedih sangat-sangat bukan semua yang percaya apa yang kenyataan aku siarkan ini, mereka tidak tahu macam mana susahnya kami guru-guru melayu bertugas di sekolah cina, kebajikan kami guru-guru melayu langsung tak ada dan tidak terbela.

Kami tak ada bilik khas untuk makan di kantin, tempat makan kami hanya meja kayu lama panjang dan sudah uzur betul-betul tepi tong sampah dan tepi longkang (sebenarnya kami kena kongsi meja tersebut dengan budak-budak sebab hakikatnya memang meja itu meja makan budak-budak kat tengah-tengah kantin itu, kami tak ada meja khas pun) sedangkan mereka guru-guru cina makan dalam bilik khas di kantin (khusus untuk mereka sahaja).

Meja kami itu juga akan digunakan oleh budak-budak bila mereka keluar rehat, bila nak makan tengah hari kantin penuh dengan budak-budak.

Sekolah petang, tahu sahajalah budak-budak cina, cakap memang kuat dan bising volume tinggi punya, kalau mereka bergaduh sampai langgar kita yang tengah makan ini, sebab meja mereka di belakang meja kami saja, sampai nak makan pun tersedak

Nama saja ada kantin melayu tetapi orang kantin melayu tak boleh jual air, tak boleh jual itu tak boleh jual ini sebab nanti orang kantin cina marah, kalau budak cina beli di kantin orang melayu mereka rugi, jadi mereka hasut budak-budak cina jangan beli di kantin melayu.

Sebab itulah kantin melayu sudah beberapa kali bertukar ganti. sebab tak tahan dengan sikap rasis kantin cina yang kontrol depa. Bil elektrik, bil air dan sewa yang dikenakan mahal pada hal tak setimpal dengan apa yang mereka guna.

Kami guru-guru melayu ini selalu kena ajar kelas-kelas hujung, kelas budak-budak yang tak pandai diberikan kepada guru-guru melayu, kelas depan yang pelajarnya pandai diberikan kepada guru-guru cina semua....

Budak-budak kelas-kelas hujung di sekolah cina ini, semuanya jenis kurang ajar, biadab dan kasar.

Jika di sekolah melayu, walaupun ada budak-budak melayu yang kurang ajar, tetapi bila cikgu marah, tegur depa masih ada sikap hormat kepada guru tetapi di sini jangan harap depa nak hormat siap maki hamun kita lagi dalam bahasa depa, 'cibai, lancau, bodoh, gila' itu antara kata-kata depa kepada kami guru-guru melayu...

Ini pula salah satu cerita dari kawan aku XY

XY : Waktu awal tahun dulu, budak-budak tak tahu aku pandai cakap cina, aku pun tak tunjuk lah yang aku tahu cakap cina, bila aku masuk kelas XYX, aku bagi mereka kerja rumah, nak tahu apa mereka cakap, adalah seorang budak perempuan duduk meja depan sekali, dia boleh dia cakap dalam bahasa cina dengan kawan di sebelah, dia dok kutuk aku dan cikgu-cikgu melayu yang lain.

Dia kata macam ini betul di depan aku yang sedang berdiri mengajar kat depan, " ini pompuan gila tak tahu kah, kita semua banyak kerja rumah, dia ingat dia seorang punya subjek ka kita kena buat kerja rumah, banyak lagi subjek lain yang lebih penting dari pendidikan seni ini...
 
" Semua cikgu melayu kat sekolah kita ini bodoh, gila, tak ada otak punya orang, tengok sekarang kita kutuk depan dia pun dia tak tahu kita cakap apa. bodoh, gila"
aku pun apalagi...terus cakap Mandarin depan dia

" Hang la bodoh, semua cikgu melayu yang Hang kata bodoh itu yang nak ajar Hang bagi pandai, tapi Hang tak reti dan buat tak faham dan tak nak berterima kasih. Boleh kata lagi cikgu bodoh, gila.jenis keturunan sial kurang ajar sampai bila-bila "...terus dia tunduk diam tak kata apa....

Kalau cikgu cina tak masuk kelas, lewat masuk kelas, datang sekolah lewat...tak pernah pula marah atau panggil nama cikgu itu, tetapi kalau kami cikgu melayu masuk kelas lewat, lambat hantar kerja, pihak pentadbir akan cari kami satu sekolah, siap buat pengumuman di sia raya panggil kami.sampai sekolah kat luar pun boleh dengar, salah cikgu cina boleh pula pejam mata buat tak tahu, kalau orang melayu, mesti nak cari pasal saja...

Bab kerja, bab duit memang cikgu-cikgu cina berkira sangat. Kalau ada aktiviti koko memang kalau boleh depa tak mahu datang jaga budak, sedangkan itu budak-budak itu bangsa depa sendiri....kalau duit pula, memang susah nak keluarkan duit depa.

Sampaikan nak beli kain untuk buat baju batik sekolah pun depa tak mahu sebab baju batik itu mahal sangat sampai seratus lebih.

Kalau ada jamuan, sekolah akan bagi bajet yang sangat sikit, tetapi nak makan sedap-sedap, duit tak mahu keluar, kalau cikgu melayu minta upgrade akan bilik/bengkel depa tak nak bagi peruntukan, kalau bagi pun kena control tetapi kalau cikgu bangsa depa minta, dapat pula....

Aku rasa...cukuplah sampai sini dulu...banyak lagi benda yang aku nak cerita. Tengok lah kalau aku ada mood nak ceritakan dan yang nak percaya, percayalah, tak nak percaya aku tak suruh hangpa percaya, tetapi semua yang di atas itu realiti yang berlaku pada aku dan kawan-kawan aku di sebuah sekolah cina.

Salah seorang guru dan penyokong Dap tegar, terlepas cakap waktu tengah berborak dengan kawan-kawan dia dalam bilik guru cakap macam ini tanpa sedarnya aku ada di situ, katanya,

"Orang melayu ini BINATANG PELIHARAAN parti politik, sanggup ikut dan taksub dengan tuan sendiri. bergaduh, berlawan sama bangsa sendiri sebab politik, tetapi tengok orang cina, mana ada gaduh sebab politik, hahahaha...."
 
Ini belum jadi pemerintah lagi, kalau dah berjaya tawan negara nanti?
 
Copy :Taiping Mali
 
**************
 
Semasa saya mula mengajar di sebuah sekolah SJK(C) di Kepong pada hujung 90an...kehadiran guru-guru Melayu amat tidak dialu-alukan...murid-murid akan membuat bising macam pasar di dalam kelas semasa guru mengajar... sehingga guru-guru tidak tahan dan akan berpindah sekolah...murid-murid memperlekeh guru-guru Melayu sehingga saya pernah melihat sendiri murid Cina menjerirkan lidah dan mengangkat tapak kaki tinggi di belakang kepala kawan saya semasa dia berjalan di dalam dewan sekolah...
Di SJK(C)..guru Melayu sudah biasa kena maki dalam bahasa Cina...kami dah jadi biasa..mereka terasa hina bila guru Melayu mengajar mereka kerana mereka menganggap orang Melayu adalah paria... 

1 ulasan: