Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Ahad, 26 Februari 2012

Jumlah Orang Kristian di Malaysia..........

NO SOALAN: 38
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]
SOALAN :
PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] meminta PERDANA MENTERI menyatakan:
a) Penganut Kristian di setiap negeri di Malaysia; dan
b) Pecahan kaum di kalangan penganut Kristian di Malaysia
JAWAPAN:
UNTUK MAKLUMAN Ahli-ahli Yang Berhormat, data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia yang menganut agama Kristian berjumlah 2.0 juta orang. Daripada jumlah tersebut, didapati penganut agama Kristian paling tinggi adalah di negeri Sarawak iaitu sebanyak 853.2 ribu orang (42.16%) diikuti dengan Sabah sebanyak 690.5 ribu orang (34.12%) dan Selangor sebanyak 166.4 ribu orang (8.23%).
Bagi pecahan kaum di kalangan penganut Kristian di Malaysia pula, kaum Cina merupakan penganut agama Kristian tertinggi iaitu sebanyak 513.4 ribu orang, diikuti oleh kaum Iban sebanyak 408.4 ribu orang, kaum kadazan Dusun sebanyak 343.7 ribu orang, Bumiputra Lain sebanyak 236.1 ribu orang, kaum Bidayuh sebanyak 147.6 ribu orang dan India seramai 121.5 ribu orang.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat jua, data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 mengikut agama dan kaum tidak dapat dibekalkan pada masa ini kerana data Banci masih lagi diproses. Maklumat tersebut hanya tersedia selepas Julai 2011.

Nota; Orang Islam Sarawak dan Sabah mesti ingat.........