Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Sabtu, 23 Februari 2013

Hati yang penuh hitam tak perlu menonton vedio ini....


Puak-puak Pakatan sebenarnya sahaja buat-buat tak faham...semua orang dah tahu mentaliti otak-otak pengikut pakatan yang sentiasa memutarbelitkan isu supaya semua kebenaran nampak kelabu...oleh itu vedio ini hanya untuk manusia yang berfikiran waras dan objektif serta hati yang terang sahaja...   bagi hati yang hitam dan penuh hasad dengki tak perlulah menonton kerana pintu hati anda telah tertutup rapat dan tiada tempat untuk kebenaran kerana dihati hanya ada benci, marah, hasad, kemusnahan, dan taksub....

Hayati...Anuar pelbagai wajah...

 

Jumaat, 22 Februari 2013

Tentera Filipina berada berhampiran Lahad Datu

 

LAHAD DATU: Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu berkurung sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.

Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

Beliau berkata tiada arahan yang diberikan terhadap pemindahan kumpulan dari Sulu itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, abang kepada Sultan Jamalul Kiram III.

Pembangkang Ada Kaitan Isu Lahad Datu?

SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen."

Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

Khamis, 21 Februari 2013

Ustaz Fathul Bari VS PAS

Tanda-tanda ahli PAS tidak puas hati terutama tindak tanduk pemimpin atasan yang menjadi tunggangan DAP....pemimpin PAS dilihat begitu lemah dan terikut-ikut dengan idea pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam di dalam PKR.....PAS telah dilihat telah terkelur daripada objektif asalnya untuk memperjuangkan Islam akibat berkelumang dengan tahi bersama-sama Anuar Ibrahim...Anuar terlalu berkuasa di dalam PAS sehingga Hadi Awang dan Nik Aziz berada dihujung jari Anuar Ibrahim...

Selasa, 19 Februari 2013

Awas, Melayu!!!!!!




Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah! - Zulkifli Nordin

 Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.
 
Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei.
 
Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .
 
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”
 
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
 
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”.
 
Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
 
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.
 
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
 
Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”
 
Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
 
Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Nik Aziz lagi zalim....lebuh raya belum buat tapi tol kutip dulu...Ustaz Kamal Saidin


Ahad, 17 Februari 2013

Ladang Anggur Sendayan..

Saja keluar topik politik ...boring nak sembang pasal pakatan yang tak sedar diri... petang-petang ni isteri pula buka topik anggur  maka dengan sengaja saya membelek-belek internet dan terpapar laman web Majlis Perbandaran Nilai....selama ini tak perasan pula saya kat Sendayan ada ladang anggur yang besar yang diusahakan oleh orang Melayu yang sedar diri akan bangsanya...ladang ni mungkin yang terbesar di Malaysia...kalau ada yang lebih besar boleh le kawan-kawan bagi tahu saya....hajat hati nak jenguk ke ladang ni.......mana tahu boleh menjadi petani jaya...........

 
********************
 
LADANG ANGGUR SENDAYAN
Ladang Anggur Sendayan adalah satu-satunya ladang anggur di Negeri Sembilan. Ia menjadi satu daya penarik kepada para pelancong dan peminat buah-buahan untuk menikmati buah yang kebiasaannya hanya di tanam di luar negara yang beriklim sejuk. Diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat A-WINN Global Market Services Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.
Terdapat 6,000 pokok anggur yang telah ditanam di atas tanah seluas 10 hektar iaitu anggur dari jenis Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl. Kesemua anggur yang dikeluarkan oleh ladang ini dijenamakan sebagai “Sendayan Valley” dan akan dipasarkan dipasaran tempatan. Selain daripada tanaman anggur sebagai tanaman utama, ladang tersebut juga menanam tanaman lain seperti buah nona, jambu, mata kucing, laici, sukun, ciku, belimbing besi, rambutan dan mangga. Selain daripada buah-buahan ladang ini juga menjual pokok anggur bonsai yang dijual antara RM 300 hingga RM 500 sepokok.
Lokasi
Ladang anggur Sendayan Valley terletak lebih kurang 6 km dari Jalan Seremban-Port Dickson, 90 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Bandar Seremban dan hanya 20 km dari KLIA. Ini menjadikan Sendayan Valley sebagai ladang anggur paling dekat dengan bandar.
Waktu Perniagaan & Kadar Bayaran
Ladang dibuka setiap hari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 petang dengan bayaran RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak.
Maklumat Lanjut :-
Ladang anggur “Sendayan Valley”
03-7877 8151
 
 
 
Ladang Anggur
 

Sumber: Majlis Perbandaran Nilai, 17 Februari 2013, 4.40 pm

 


Sabtu, 16 Februari 2013

REALITY SEBENAR....PSY Penang - Najib Are you Ready for BN?? YES!!!!



Inilah reality sebenar di Penang tempoh hari....puak-puak  ni memang suka  memfitnah orang lain...sangat .memalukan..... puak yang mengaku lebih Islam melakukan perkara ini....hakikatnya kalau penonton mengatakan NO takkan Najib tersenyum gembira....saya berharap penundi2 PRU13 terbuka mata hati mereka melihat kebenaran sebenar....tuhan telah memberi mereka peluang memerintah beberapa buah negeri...tetapi mereka gagal... tuhan hanya mahu menunjukkan kejahilan dan wajah sebenar Pakatan supaya  terpapar di mata rakyat yang celek....

Khamis, 14 Februari 2013

Nik Ajis kata UMNO tipu PAS semasa PAS berada dalam BN....

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan UMNO tidak pernah menipu PAS ketika parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN) seperti didakwa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Perdana Menteri berkata, perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO, sebaliknya kekalahan mereka dalam pilihan raya di Kelantan pada 1978 menyebabkan mereka keluar BN.
MB cabar Asri


Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO, tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan) mencabar kepemimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS) ketika itu. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar BN... tidak ada penipuan oleh UMNO.

Nik Aziz dilapor menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha menyatupadukan orang Melayu. Katanya PAS ditipu oleh UMNO ketika berada dalam BN.

Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang, kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya, www.chedet.cc, bertajuk Siapa Tipu Siapa, semalam.

Dr Mahathir berkata, beliau adalah menteri dalam Kabinet Tun Hussein Onn ketika PAS keluar BN, malah berada dalam Kabinet Tun Razak Hussein bersama Asri dan Datuk Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua PAS ketika itu) ketika parti Islam berkenaan menyertai BN.
Beliau (Asri) diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian... bermakna dia bertanggungjawab terhadap FELDA. Selepas beberapa bulan PAS dalam BN, ahli UMNO Johor mengadu kepada Tun Razak pada majlis makan malam di kediaman (Tun) sempena mesyuarat agung UMNO.

Asri promosi PAS

Mereka mengadu Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun ketika itu.

Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO.

Waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai Ketua PAS dengan Mohd sebagai Menteri Besar untuk ganti Asri. Beliau (Mohd) mendakwa dia mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan, katanya.

Cuba singkir Mohd

Dr Mahathir berkata, Asri kemudian cuba menyingkir Mohd melalui undi tidak percaya dan beliau (Mohd) enggan meletak jawatan walaupun kalah.

Ramai ahli PAS memihak kepada Mohd dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri. Kerana PAS berpecah... kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

Tubuh BERJASA

Pada Mac 1978, pilihan raya negeri diadakan di Kelantan dan Mohd menubuhkan parti BERJASA yang bertanding melawan PAS.

Sokongan kepada BERJASA begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi, manakala PAS hanya menang dua kerusi, katanya.

Dr Mahathir berkata, walau apapun yang terjadi dulu, umat Islam disuruh oleh agama menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan itu untuk berdamai.

Umat Islam disuruh bersatu padu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas," katanya.
 
 
Sumber; BH 14 Februari 2013