Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Jumaat, 25 November 2011

Hebatnya Anuar memburukkan negara sendiri....

Hebat sungguh saudara Anuar ini yang memburukkan negara sendiri di Indonesia...setahu aku tidak ada seorang pun orang Indonesia malah buruk kontrak sendiri yang memburukkan negara mereka, Indonesia....patutlah orang Indonesia benci sangat dengan orang Malaysia...sudah tahu siapa puncanya...saya cadangkan saudara Anuar b. Ibrahim bertanding sebagai calon presiden Indonesia...lepas tu bolehlah berperang dengan Malaysia...belum jadi Perdana Menteri Malaysia sudah memburukkan negara sendiri...agak-agaknya kalau dah jadi PM Malaysia, habis kita dijualnya...Anuar tidak layak menjadi rakyat Malaysia yang tercinta ini....dia tidak mempunyai jati diri...malah pengkhianat.....malah anaknya sendiri 2x5... Izzah membocor maklumat ketenteraan Malaysia....memburukkan sistem pertahanan negara kepada negara Indonesia....Sungguh menghairankan mengapa Si Anuar ni berkempen sampai ke Indonesia...pendengarnya pula bukannya rakyat Malaysia....agaknya Si Anuar ni hendak menubuhkan Indonesia Raya seperti yang dicita-citakan oleh Sukarno suatu masa dahulu....atau Anuar mahu rakyat Indonesia yang menyokongnya layak mengundi di PRU 13 nanti...habisla SPR...

Khamis, 24 November 2011

Rabu, 23 November 2011

Produk ini tidak halal - JAKIM


Kesemua barang makanan di dalam gambar di atas mengandungi lemak babi. Kenapa pakatan haram mendiamkan diri bila makanan dipenuhi dengan babi. Barangan ini juga yang terlaris dibeli oleh pengguna Islam.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.Terdapat peniaga cina dengan sengaja meletakkan tanda halal pada barangan yang disahkan mengandungi lemak babi.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

Di atas ini adalah barang-barang keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebarkan info ini kepada umat islam yg lain. Untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/


Sabtu, 19 November 2011

Air di Kelantan tercemar....ambil tindakan kepada Dr. Klon...

Hebat sungguh Nik Aziz...air yang dibekalkan oleh Nik Aziz tercemar...adakah Nik Aziz macam Dr .Klon dalam cicakman....mungkinkah NIk Aziz sengaja mencemarkan air Kelantan supaya rakyatnya benggong....bila benggong senang le nak auta....senang le nak jual agama...?

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.
Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.
Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.
Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.
Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.
Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.
Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.
Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).
Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.
Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.
Dalam laporannya, kementerian turut mengesan pencemaran logam berat dan bakteria berbahaya tidak hanya terhad kepada air mentah dari sumber perigi, telaga tiub dan sungai semata-mata, tetapi turut merangkumi air yang dibekalkan AKSB.
Ancaman utama sekali lagi membabitkan mangan, arsenik serta bakteria e-coli disebabkan kegagalan AKSB mematuhi piawaian rawatan air selain kadar liputan air terawat kepada isi rumah Kelantan yang cukup rendah, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk.
Dalam pada itu, pencemaran mangan dalam air mentah, hanya Bachok dan Tumpat yang bebas daripada pencemaran logam berkenaan untuk tempoh 2008 hingga 2010.
Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli dikesan mempunyai kandungan mangan melebihi piawaian dengan Kuala Krai mencatat pencemaran tertinggi sejak 2009.
Pencemaran mangan dalam air terawat yang dibekalkan AKSB juga tidak banyak bezanya apabila hanya empat daripada 10 daerah yang bebas pencemaran iaitu Machang, Bachok, Pasir Mas serta Pasir Puteh dan kawasan paling teruk tercemar adalah Kota Bharu.
Berbeza dengan ujian oleh Mingguan Malaysia bagi pencemaran arsenik untuk tahun ini, kementerian hanya mengesan pencemaran logam itu pada 2010 melibatkan air mentah dengan kawasan paling teruk juga di Kota Bharu.

Sabtu, 17 September 2011

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim yang sebenar-benarnya...


Anwar Ibrahim-edited.jpg
Bukti kebenaran semakin kukuh....doa solat hajat kerabat PAS telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T....apa lagi yang mereka mahu....aku harap lebih banyak solat hajat yang perlu dilakukan oleh kaum kerabat PAS dan Nik Aziz kalau masih tidak berpuas hati dengan petunjuk yang Allah S.W.T berikan....doakanlah(solat hajat perdana) supaya makhluk yang serupa dengan Anuar Bin Ibrahim di dalam vedio itu menjadi separuh monyet  atau beruk...kalau dah jadi beruk masih nak pertikai lagi tak tahulah apa nak kata...

Isnin, 12 September 2011

Waris Sarjan Hassan pulak marah kat Jendral Mat Sabu..



SARJAN Hassan ketika menerima anugerah Military Medal dari Leftenan Kol EA Hefford.

Waris Allahyarham Kapten Hassan Osman merasa amat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempersoalkan tayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Sambil menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah, menantu Allahyarham, Abdul Karim Mohd. Nasir, 56, berkata, tindakan terbaru Timbalan Presiden Pas itu cuba menidakkan sumbangan Sarjan Hassan sebagai perwira negara dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menuntut Mohamad membuat permohonan maaf ekoran kenyataan tersebut.

''Meskipun Sarjan Hassan merupakan seorang tentera British tetapi jiwa dan raganya dikorbankan semata-mata untuk mempertahankan negara ini daripada dicerobohi terutama oleh komunis bintang tiga.

''Mungkin ramai yang tidak tahu beberapa orang keluarga Sarjan Hassan termasuk isterinya yang sedang hamil telah dibunuh kejam oleh bintang tiga di kampungnya di Jalan Pantai, Seremban. Atas sebab itu Sarjan Hassan menyertai tentera British,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Karim yang tinggal di Bukit Sebukur, Batu Berendam, Melaka mengulas tindakan Mohamad yang mempersoalkan penayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham P. Ramlee.

Abdul Karim berkata, tujuan bapa mertuanya menyertai tentera British semata-mata untuk mempertahankan negara dan memburu komunis.

''Jika Sarjan Hassan tidak menyertai tentera British bagaimana dia boleh menggunakan senjata api dan mempelajari ilmu peperangan,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak berita itu dibaca pagi ini seluruh keluarganya tidak dapat menerima kenyataan Mohamad itu kerana jelas ia bertentangan dengan sejarah.

Jelas beliau, isterinya yang juga anak kepada Sarjan Hassan, Siti Hawa Hassan, 56, amat marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu itu.

Beliau berkata sepanjang perkhidmatan Sarjan Hassan berjaya membunuh 52 orang komunis.

Sementara itu Siti Hawa tidak dapat menyembunyikan kemarahannya dan kekecewaannya ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad.

''Seorang penulis iaitu Harun Johari telah menulis sebuah buku yang menceritakan perjuangan Sarjan Hassan bertajuk Kapten Hassan, Wira Bangsa terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

''Buku itu kini menjadi rujukan para pelajar di negeri-negeri utara tanah air. Buku tersebut merupakan catatan sejarah perjalanan perjuangan bapa saya mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya,'' kata beliau.

Siti Hawa berkata, bapanya meninggal dunia pada April 1993 dan jenazahnya telah dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban dalam usianya 72 tahun.

Betul keTanah Melayu Jajahan British?

BENARKAH TANAH MELAYU TIDAK DIJAJAH?


Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh British melainkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura sahaja.

Pikir logik la... kalau dah dijajah... apa kejadahnya British nak paksa raja2 melayu untuk menandatangi perjanjian Malayan Union... ?

Sebab tu masa nak laksanakan Malayan Union, British terpaksa mendapatkan persetujuan dan tandatangan Sultan2 Melayu.... Salah satu matlamat Malayan Union adalah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan Mahkota British....

Kita kena paham kronologi penjajahan British... Secara "teknikal dan perundangannya" .. British tak pernah menjajah Tanah Melayu keseluruhannya melainkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura... Ini terbukti semasa penubuhan Malayan Union yang antara lainnya akan menjadikan Malaya sebagai Tanah Jajahan Mahkota (dijajah secara teknikal dan undang-2).. mengeluarkan Singapura dari Malayan Union dll...

KLU X DIJAJAH, APE CER KITA DUK BWAH KOMENWEL?

Mengenai Komanwel... Komanwel terdiri dari negara dan kawasan dalam Empayar British... Apa itu Empayar British? Empayar British terdiri dari negara2/kawasan/wilayah yang menjadi Penguasaan (dominions), Jajahan (colonial), Naungan (protectorate), amanah(mandates) dan lain-lain wilayah yang diperintah oleh British...

Kita ambil contoh mengenai amanah... Melaka diamanahkan kepada British oleh Belanda semasa tercetusnya Perang Napoleon.. Pengamahan ini berlaku apabila Raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew pada tahun 1795 dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, Belanda menyerahkan secara sementara semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga Perang Napolean tamat.....

Manakala protectorate pula bermaksud negeri naungan.. Dalam konteks negeri naungan ini, kita ambil contoh mudah iaitu Perak... Perak menjadi negeri naungan British pada 20 Januari 1874 yang berikutan Perjanjian Pangkor ditandatangani antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke (British) dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak serta pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor.

Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, dan akhirnya membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri2 Melayu. -

Dalam Perjanjian Pangkor itu menyebutkan "Raja Muda Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, "nasihat Residen British hendaklah diikuti" kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British."

APE CERITA PULAK KITA NI SAMBUT MERDEKA 31 OGOS?

31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan secara total... bukan secara konsep atau emosi politik... 31 Ogos adalah hari dimana semua hak pentadbiran, ekonomi, dasar luar, diplomatik, pertahanan, hala tuju negara ini diserahkan sepenuhnya oleh British kepada Bangsa Malaya yang sebelum ini dikuasai oleh British... Bagaimana British mengasainya tanpa dijajah?

Sebab semua nasihat residen mesti diikuti oleh Sultan...

Perjanjian Malayan Union bukan bertujuan meraih sokongan rakyat... tetapi mendapatkan persetujuan TUAN EMPUNYA ASAL TANAH MELAYU iaitu raja-raja melayu untuk meletakkan Tanah Melayu sebagai negeri jajahan mahkota british.... British mengakui Ketuanan Raja-Raja Melayu terhadap negeri-negeri Melayu apabila memaksa raja-raja melayu menandatangi Perjanjian Malayan Union... Kalau nak raih sokongan rakyat... takdernyer UMNO ditubuhkan...

UMNO bukan ditubuhkan untuk menjadi parti politik atau menuntut merdeka melainkan menjadi wadah pemersatuan bangsa melayu yang taat dan setia pada raja-raja melayu dan tanahair Malaya. - Blog Encik Ketam

Ahad, 11 September 2011

Anwar & BTN : Hak Istimewa Orang Melayu & DEB


Perjuangan Melayu Bukan Rasis - Anwar

Islam : Anwar Dulu, Anwar Sekarang

Perhimpunan Agung Umno ' 97 - Anwar Ibrahim

Panass... Rakaman Phonesex Mat Sabu 121 Bersama Isteri Kawan Bernama Normah 1994

Umi Hafilda dedahkan kegiatan seks Anwar

SIAPA AMBIGA ??? KHAS UNTUK PENYOKONG BERSIH !!!

Zulkifli Noordin dedah mengenai Karpal Singh

Kejutan di Dewan Rakyat

Lawak Mat Sabu Terbaik

MAT SABU MENUNJUK PERASAAN !!!

Benarkah Hukum Hudud Dapat Mengurangkan Jenayah? - Dr. Asri

HKDI S10 : Hukum Hudud & Negara Islam

Akhirnya PAS mengaku : Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa majoriti kerusi 2/3 di Parlimen

HUDUD : Adakah PAS nak laksanakan? - TIDAK

Hudud PAS : Surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz

Ustaz Mohd Kazim Elias- Rahsia Tarikh Lahir

Raja Lawak - Ustaz Kazim Elias

Ustaz Mohd Kazim Elias- Ketuanan Melayu

Ceramah Perdana - Ustaz Kamal Saidin Part 5/5

Ceramah Perdana - Ustaz Kamal Saidin Part 4/5

Ceramah Perdana - Ustaz Kamal Saidin Part 3/5

Ceramah Perdana - Ustaz Kamal Saidin Part 1/5

Ceramah Perdana - Ustaz Kamal Saidin Part 2/5

Rabu, 27 Julai 2011

Si Raja Kelentong....Kelentong lagi....

Mandi kelentong...makan kelentong....buka mata kelentong.......hari2 kelentong....masa tidur je tak kelentong...bukan main lagi risaukan tentang keselamatan Hadi Awang....bukan main puji Hadi Awang....masa dalam UMNO dulu apa Anuar buat kepada Hadi Awang....?apa Anuar buat kepada PAS...kenapa tidak mula-mula lagi masuk PAS tetapi masuk UMNO....mengapa tubuh Keadilan tidak masuk sahaja PAS.......nampak sangat kelentong......kuat sungguh kelentong.....itu pun ada juga yang kena liwat bulat-bulat dengan Si Anuar  ni.....aku tersangat percaya kalau mereka memerintah tidak ada satu pun janji ekonomi yang dapat mereka tunaikan...kalau mereka tunaikan pun ada benda lain yang terpaksa mereka tutup.....macam di Indonesia berkali-kali kerajaan bertukar...tidak ada satu barang yang turun harga.....akhirnya ekonomi Indonesia ditentukan sepenuhnya oleh pasaran....orang-orang miskin tertekan....barang naik ikut suka....turunnya tiada....orang Indonesia masih berduyun-duyung juga yang datang ke Malaysia.....Akhir kata buat kawan-kawan yang membaca tulisan saya ini....jangan percaya Raja Kelantong Si Anuar Ibrahim.......

Lawak tersangat bengap dan bodoh Mat Sabu .....



Dari dulu lagi negeri Pulau Pinang(negeri Cina), Selangor(ada KL dan P/Jaya) dan Kedah(negeri Tun) adalah adalah anatara negeri yang terbaik menerima pelaburan....wahai Mat Sabu dan gerombolannya yang bengap....pakatan memerintah Pulau Pinag , Selangor dan Kedah ibarat masuk rumah yang sudah siap......cuma kena basuh kaki je....semua kehebatan yang ada di negeri yang diperintah oleh pakatan sekarang dibina oleh BN....adakah kemudahan yang saudara Mat Sabu sebutkan itu dibina oleh kerajaan pakatan?...sekolah, jalan raya dan hospital?...berapa banyak Nik Ajis buat masjid...berapa banyak Lim Guan Eng buat hospital...berapa banyak Khalid Ibrahim buat sekolah...universiti2 milik kerajaan negeri yang ada di selangor siapa yang buat....?wahai Mat Sabu pembangunan tak ada kalau negara huru hara....BN berjaya membina keamanan....pembangunan tak ada kalau kerajaan yang memerintah tak reti cari duit....hebat ke kelantan(maaf kepada kawan-kawan Kelantan)....bagi saya Kelantan negeri yang paling mundur....pekerjaan tak ada ...ramai rakyatnya yang terpaksa berhijrah keluar kelantan untuk mencari rezeki...itu pun tak sedar diri lagi...masih kata kelantan bagus....bayangkan kalau PAS memerintah Malaysia sejak 50 tahun lepas....pengangguran gila babi...maka jadilah rakyat Malaysia macam mat bangla dan mat indon sekarang....mungkin kita akan menjadi mat malaysia di singapura....jangan kata pengundi di saluran satu bodoh...mereka orang yang berpengalaman dalam politik....mereka kenal PAS klentong je...mereka tahu yang mana satu kebenaran dan yang mana fitnah...... mereka bukan golongan yang boleh anda liwat....

Isnin, 18 Julai 2011

Lakonan Konspirasi BERSIH 2.0



Amat memalukan...hina sangatkah Islam di mata puak-puak jahanam ini...Islam diperlakunkan sesuka hati....memang dajal..

Ahad, 17 Julai 2011

Tertutup ABIM : Prinsip Anwar Kes Lina Joy

Zina kena ada 4 saksi?

Siapa Karpal Singh...

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS

"Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS"

AS;HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.


Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.


Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.


Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebgai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil,cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.


Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).


Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!


Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.


Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.


Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus.Demonstrsi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.


Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.


Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS.Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.


Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.


Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.


Disebabkan kemenangan PAS merampas terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.


Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.


Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!


Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.


Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.


Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak adapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.


Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan.Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS)mengiktiraf bahawa system khalifah/ daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.


Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah.Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.


Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.


Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.


Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.


Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.


Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.


Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.


Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]


Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.


Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.


Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah banyak kelemahan UMNO. Tapi dalam kejahilan dan kelemahan pemimpin UMNO, kebajikan dan syiar Islam tetap diteruskan dan penerusan Syiar Islam tidak dihalang. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Serta para ulamak salaf sepanjang zaman.


Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah


Rahman Kadir-


PIS : MOHON SEMUA BLOGGER DAN FACEBOOKER PRO UMNO/BN ATAU PRO KERAJAAN DAPAT POST POSTING NI SUPAYA SEMUA YANG MASIH LAGI SESAT DALAM PAS SEDAR HAKIKAT KESESATAN PAS. DULU PUN SAYA SEPERTI MEREKA-MEREKA NI LAH, TETAPI ALLAH BAGI KESEDARAN AWAL HINGGA SAYA JAUH DARI AJARAN SESAT PAS NI. SEKARANG SAYA PENSYARAH DI U.......