Saya yakin dalam tempoh 6 bulan dari sekarang ramai MP dan DUN PKR akan melompat parti menyertai BN atau menjadi ahli bebas. PRU13 merupakan pilihanraya terakhir buat PKR kerana pada PRU14 akan datang Saudara Anuar Ibrahim sudah berusia 71 tahun. Kegagalan PR menumbangkan BN dalam PRU13 merupakan titik noktah kepada pemimpin-pemimpin PKR terutama orang Melayu. Untuk meneruskan cita-cita politik dan merealisasikan hasrat mereka, adalah lebih baik menyertai BN/UMNO. Lagipun pengundi sudah bosan politik melampau yang dibawa oleh Anuar. Pengundi Cina pula saya pasti akan kembali kepada MCA kerana mereka sedar kuasa undi yang mereka ada tidak dapat menjatuhkan BN. Tindakan mereka 97% menyokong DAP dibimbangi hanya akan menerima bencana daripada kerajaan Bumiputra yang memerintah sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan