Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Ahad, 5 Mei 2013

PRU13: UMNO kekal jadi tonggak BN

 

KUALA LUMPUR: UMNO kekal tonggak Barisan Nasional (BN)apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

UMNO menyumbang 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. UMNO bertanding 120 kerusi kali ini.

Angka 109 kerusi itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 23 peratus berbanding PRU 2008 apabila BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 kerusi yang dipertanding.


Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), UMNO berjaya menguasai 244 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertanding berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memperoleh majoriti lebih besar iaitu 35,613 apabila mempertahan kerusi Pekan daripada dirampas lawannya, Mohd Fariz Musa dari PKR.

Pada PRU 2008, Najib menewaskan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti undi sebanyak 26,464.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mempertahan kerusi Pagoh selepas mengalahkan lawannya, Mohd Rozali Jamil dari PAS dengan majoriti 12,842 undi.
Pada 2008, Muhyiddin menewaskan Mohd Rozali dengan majoriti 12,581 undi.

Di kerusi panas, UMNO hanya menang di Parlimen Arau apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menumpaskan Datuk Dr Haron Din dari PAS dengan majoriti 1,371 undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon PAS Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.

Kerusi DUN Sungai Udang di Melaka menyaksikan Datuk Idris Haron menang mudah ke atas calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,136 undi.

Di Kedah, UMNO menguasai 19 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada PAS.

Pada PRU 2008, UMNO hanya menang 12 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi di negeri itu.

UMNO juga menang 10 daripada 13 kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyaksikan penambahan satu kerusi UMNO, yang berjaya menawan kembali Titiwangsa dan mengekalkan kuasanya di Setiawangsa.

Ternyata Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah masih menjadi kubu kuat UMNO apabila hampir menguasai kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertanding.

Meskipun Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor gagal dikembalikan kepada BN, prestasi UMNO di negeri berkenaan agak memberangsangkan kecuali Selangor yang menyaksikan parti itu hanya menang empat kerusi Parlimen, sama seperti pada 2008, dan menang 12 kerusi DUN berbanding 20 pada PRU12. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan