Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Selasa, 2 April 2013

Parti Rakan Karib dan Keluarga 69...

Kepala Nepotisme
 

Baru sahaja terbaca akhbar Harakah-Online yang menyebut bahawa seorang bekas tentera dipilih sebagai calon mereka di Parlimen Baling. Apa yang mengejutkan, bekas tentera itu baru sahaja menyertai PAS hari ini, dan terus diumumkan sebagai calon. Di mana pergi pemimpin-pemimpin PAS Kawasan Baling. Mereka yang bekerja siang dan malam akhirnya orang baru umum sertai PAS di umum sebagi calon. “Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling” – Harakah 2/April/2013

Ini bukanlah perkara baru dalam Pakatan Rakyat. Dimana mereka memilih orang yang baru sahaja menyertai mereka sebagai calon. Contoh lain adalah daripada DAP. Semalam Lim Guan Eng mengumumkan bekas ketua penerangan UMNO Pekan, Dato Ariff Sabri a.k.a Sakmongol AK47 sebagai calan DAP di Parlimen Raub. Sakmongol ini baru sahaja menyertai DAP tahun lepas dan kita sudah menjadi calon.

Jangan terkejut selepas ini Aspan Alias seorang lagi melayu yang sertai DAP pula yang menjadi calon. Ayuh beralih pula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini lagi hebat. Keluarga, sahabat dan kawan lama sudah pasti menjadi calon. Seperti mana kita tahu Anwar Ibrahim akan meninggalkan kerusi Permatang Pauh dan lari ke Perak, anaknya Nurul Izzah kekal di Lembah Pantai, isterinya Wan Azizah calon Menteri Besar Selangor dan jangan terkejut anaknya Nurul Nuha akan ke Permatang Pauh. Inilah pertama kali dalam sejarah dunia, Nepotisme melampau dalam politik sebuah negara demokrasi.

Tidak cukup dengan itu, kawan setia dan pak turutnya Azmin Ali, sudah pasti bertanding tidak kira lah di mana kerusinya. Ditambah, kawan lama Fauzi Abdul Rahman akan bertanding di Kerusi Parlimen Pahang yang di susuli dengan laungan “booo” oleh penyokong sendiri.

Kita melompat kembali ke PAS. Selain Nik Aziz yang mengesahkan beliau akan bertanding lagi, anak lelakinya, Nik Abduh juga pasti bertanding kerana jawatan beliau sebagai naib ketua pemuda PAS Tidak cukup dengan politik anak beranak melampau Anwar.

Kita cuba pula intip kepada politik anak beranak Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Lim Kit Siang sah lari bertanding di Parlimen Gelang Patah Johor setelah lama mengabaikan penduduk Ipoh Timur, anaknya Lim Guan Eng juga pasti bertanding di Pulau Pinang tidak kira kerusi mana sekalipun, asal dapat kekal jawatan Ketua Menteri. Isteri Guan Eng pula akan bertanding di Melaka dan untuk bersaing dengan Anwar, Lim Kit Siang mungkin akan meletakkan anak perempuannya di Pulau Pinang.

Karpal juga tidak mahu kalah dalam persaingan Nepotisme ini. Selain beliau yang akan mempertahankan Parlimen Bukit Gelugor, anak lelakinya Gobinh Sigh Deo pula hampir pasti mempertahankan kerusi Parlimen Puchongnya. Jangan kita lupa seoarang lagi anak lelaki beliau Jagdeep Singh Deo adalah ADUN Dato Keramat di Pulau Pinang.

Kepada orang Pakatan sekalian. Anda seharusnya memilih pemimpin setempat anda untuk mewakili rakyat setempat. Bukan pemimpin pilihan bapa, bapa mertua, suami dan kawan rapatnya.

Belajarlah dari 2008, pemimpin-pemimpin ini setelah menang, mereka akan tinggalkan anda dan seronok berpolitik dan makan elaun sebagai ahli parlimen di Kuala Lumpur. Sedang anda terpaksa meneruskan kehidupan anda tanpa perubahan. Tolaklah Nepotisme dan Politik Pilih kawan pakatan ini.

Pemimpin setempat lebih mengetahui keperluan anda. Sungguh, usah terkejut sekiranya, Abby Abadi, Hairie Othman, dan mungkin juga yang terbaru Yassin akan menjadi wakil rakyat anda. Bukan mereka tidak berkelayakan, namun jika sekadar muncul ketika pilihanraya, anda fikir-fikirlah semasaknya sebelum memangkah di kertas undi.



Sumber : iLuvTunM

1 ulasan:

  1. Jokiden pernah bertanya, di sini:

    http://kitopunyo.blogspot.com/2013/03/tidak-ada-tokoh-takut-kalah-atau-tamak.html

    Apakah ini kerana tiada tokoh, takut kalah atau tamak haloba kerana ingin bolot semua? Atau memang mereka merasakan parti mereka adalah kepunyaan mak bapak mereka.

    BalasPadam