Inilah blogger PKR yang paling bodoh yang pernah saya baca...beliau seolah-oleh tidak mempunyai ilmu langsung...idea bertaraf kartun....budak sekolah rendahpun lagi bijak ....pembelaan yang tidak kena....beliau ingatkan tentera Sulu ni baru pegang senjata ke....namanya pun TENTERA SULU....adakah mereka boleh dijentik atau ditangkap guna dua belah tangan sahaja......malas nak ulas anda bacalah sendiri artikel di bawah...nilaikan sendiri...walau apapun takziah dan sedekah al-fatihah kepada pejuang kita yang terkorban...mereka sungguh berani..
Krisis Lahad Datu : Polis Patut Serang Guna Peluru Getah - http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/krisis-lahad-datu-polis-patut-serang-guna-peluru-getah/
PERKHABARAN yang baru diterima menyatakan bahawa 3 anggota komando polis dari Unit 69 Komando telah terbunuh terkena tembakan motar dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota tentera diraja Sulu yang meletus sejak pukul 10 pagi tadi.
Ini bukanlah berita yang mengejutkan kerana polis, lebih-lebih lagi unit komando polis hutan ini diwujudkan memang untuk membunuh atau dibunuh. Dan sekarang mereka yang terbunuh, nasiblah, tidak ada apa yang perlu dikesalkan tentang itu.
Cuma yang agak menimbulkan persoalan, ada juga berita yang menyatakan bahawa setakat ini 10 anggota tentera Sulu turut terbunuh dalam serangan balas oleh pihak pasukan keselamatan, dan ini hanya permulaan, Persoalannya, bagaimana sebegini banyak nyawa terkorban sedangkan mereka bukanlah anggota tentera terlatih seperti Unit 69 Komando yang terlibat dalam serangan tadi.
Dari apa yang suarapakatanrakyat dimaklumkan, pasukan polis sebetulnya boleh sahaja menggunakan senjata yang tidak membunuh untuk menamatkan pencerobohan tentera diraja Sulu tersebut.
Lagipun khabarnya hanya 30 dari 150 orang anggota tentera Sulu tersebut sahaja yang bersenjata (itupun jenis lama dan uzur), berbanding dengan anggota keselamatan yang semuanya dilengkapkan dengan senjata canggih-canggih belaka.
Maka tidak hairanlah kenapa Pakatan Rakyat beranggapan, pasukan keselamatan sepatutnya menggunakan senjata tidak membunuh seperti peluru getah, taser dan lain-lain dalam berhadapan dengan pasukan tentera Sulu ini.
Perkara ini (penggunaan senjata tidak membunuh) tidak mustahil kalau taktik yang betul turut digunakan seperti serangan mengejut pada waktu malam menggunakan night vision goggle atau NVG. Laman ini tidak yakin pasukan tentera Sulu itu turut dilengkapi dengan peralatan NVG ini.
Kalau perlu sangat nak membunuh sekalipun untuk menamatkan insiden pencerobohan tersebut, pasukan polis boleh sahaja menggunakan senapang penembak tepat yang boleh membunuh dari jarak jauh. Suarapakatanrakyat.com difahamkan anggota pasukan keselamatan mempunyai senjata penembak tepat yang boleh melepaskan tembakan dari jarak berkilometer jauhnya.
Semua pendekatan ini kalau dilakukan dengan betul, boleh menyelamatkan banyak nyawa, terutama di sebelah anggota tentera Sulu yang bertahan di Kg Tandou, Lahad Datu.
Difahamkan setakat ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang, Tien Chua dan Datuk Seri Nizar Jamaludin telah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan polis di Lahad Datu itu, dan suarapakatanrakyat.com tidak boleh tidak, perlu menyokong semua kenyataan ini kerana ia dibuat dalam konteks yang betul.
Kit Siang umpamanya menyalahkan strategi yang digunakan pihak polis sehingga menyebabkan kematian yang banyak ini.
p/s harapnya selepas ini wang negara tidak dibazirkan untuk membiayai upacara pengebumian negara untuk 3 anggota polis yang terkorban. Kanang dulu dah RM 1 juta satu pengebumian, ini 3 orang sekaligus!!
Iyolah dah tolobih bangang blogger pakatan ni... Marah pulak dio bilo askar Sulu tu mati. Dio lobih suko pulak askar komando kito yang mati.. polik..
BalasPadamJadi bagi pakatan ni, komando kito monembak salah, tak monembakpun salah..
suruh pakatan pergi lahad datu berperang guna peluru getah seri nak tengok...
BalasPadam