Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Ahad, 10 Mac 2013

Mengapa BN mesti memerintah Kelantan?

 
Orang Kelantan mesti terima hakikat. Sudah tiba masanya orang Kelantan berubah. Orang Kelantan saya akui bijak-bijak. Terjemahkan hasrat anda melalui BN. Parti yang memerintah Kelantan kini ternyata hanya gagah dibibir tetapi gagal melaksanakannya. Terlalu lama rasanya peluang yang telah diberikan kepada mereka. Namun tiada yang berubah, seperti mana Kelantan diambil oleh PAS lebih 20 tahun lalu, begitulah keadaannya sekarang. Tiada yang berubah, semakin ketinggalan Kelantan dibuatnya. Cerdik pandai dan anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana tiada peluang untuk diterjemahkan di kampung halaman.
 
Saya begitu simpati dengan nasib rakan sebangsa dan seagama saya di Kelantan. Saban tahun saya melancong ke Kelantan untuk melihat keadaan rakan seagama dan sebangsa saya di sana. Tiada perubahan yang dapat dilihat, Menteri Besar Kelantan hanya pandai bercerita soal agama sahaja namun beliau lupa bahawasanya kemajuan dan kekayaan adalah tuntutan agama  supaya Islam tidak dipandang hina. Keadaan di Kelantan tidak ubah keadaan kampung saya pada tahun awal 80an. Kasihan!
 
Saya faham sebahagian besar pengundi di Kelantan mengundi BN kerana mereka begitu merasai asab sengsara berada di bawah PAS tetapi mereka tewas dengan undi pengundi Kelantan yang berada di luar Kelantan yang masih menyanjungi MB Kelantan kerana mereka tidak merasai penderitaan rakyat Kelantan yang tidak berhijrah. MB Kelantan disanjungi kerana kelihatan begitu zuhud dan menolak kemewahan.  Mereka lupa sikap MB (Nik Aziz) Kelantan itu menyebabkan mereka menjadi bangsat di negeri-negeri yang diperintah oleh BN. Rakyat Kelantan yang menjadi bangsat di negeri-negeri yang diperintah oleh BN patut merasa malu dan terhina oleh pemerintahan PAS di Kelantan.
 
 
Sedarlah wahai pengundi Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri yang diperintah oleh BN. Mengapa anda berhijrah? Fikirkan sejenak, kalau anda katakan BN zalim dan PAS itu baik, mengapa tidak tinggal sahaja di Kelantan. Akhirnya yang zalim juga tempat berpaut dan menumpang kasih, yang pahit perlu diluahkan dan yang manis perlu ditelan. Terimalah hakikat bahawasanya PAS itu gagal membangunkan Kelantan. Bayangkan kalau Malaysia diperintah oleh PAS seperti keadaannya Kelantan sekarang. Ke mana kita hendak berhijrah? Ke mana kita hendak mengadu? Di mana kita hendak berpaut?
 
Kita tidak ubah bagi Bangla dan Indon yang berada di Malaysia sekarang. Agaknya ramailah antara kita yang akan menjadi pekerja asing di Singapura dan Timur Tengah sebagai buruh kontrak atau pekerja kilang. Ideologi pembangunan yang di bawa oleh PAS ternyata gagal. Allah telah menunjukkan bukti di mata kita, ternyata mereka gagal di Kelantan. Oleh itu, jangan berikan mereka peluang untuk masa dan tahun yang mendatang. UBAH KELANTAN.

2 ulasan:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=cqU8igacAOU cuba semak2 kot tv3 tersalah??

    BalasPadam
  2. Betul !Kalau masalah ini belum selesai..Najib mesti selesaikan..Najib mesti selesaikan masalah di kedua-dua buah negeri, malah seluruh negara.

    BalasPadam