Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Ahad, 17 Februari 2013

Ladang Anggur Sendayan..

Saja keluar topik politik ...boring nak sembang pasal pakatan yang tak sedar diri... petang-petang ni isteri pula buka topik anggur  maka dengan sengaja saya membelek-belek internet dan terpapar laman web Majlis Perbandaran Nilai....selama ini tak perasan pula saya kat Sendayan ada ladang anggur yang besar yang diusahakan oleh orang Melayu yang sedar diri akan bangsanya...ladang ni mungkin yang terbesar di Malaysia...kalau ada yang lebih besar boleh le kawan-kawan bagi tahu saya....hajat hati nak jenguk ke ladang ni.......mana tahu boleh menjadi petani jaya...........

 
********************
 
LADANG ANGGUR SENDAYAN
Ladang Anggur Sendayan adalah satu-satunya ladang anggur di Negeri Sembilan. Ia menjadi satu daya penarik kepada para pelancong dan peminat buah-buahan untuk menikmati buah yang kebiasaannya hanya di tanam di luar negara yang beriklim sejuk. Diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat A-WINN Global Market Services Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.
Terdapat 6,000 pokok anggur yang telah ditanam di atas tanah seluas 10 hektar iaitu anggur dari jenis Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl. Kesemua anggur yang dikeluarkan oleh ladang ini dijenamakan sebagai “Sendayan Valley” dan akan dipasarkan dipasaran tempatan. Selain daripada tanaman anggur sebagai tanaman utama, ladang tersebut juga menanam tanaman lain seperti buah nona, jambu, mata kucing, laici, sukun, ciku, belimbing besi, rambutan dan mangga. Selain daripada buah-buahan ladang ini juga menjual pokok anggur bonsai yang dijual antara RM 300 hingga RM 500 sepokok.
Lokasi
Ladang anggur Sendayan Valley terletak lebih kurang 6 km dari Jalan Seremban-Port Dickson, 90 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Bandar Seremban dan hanya 20 km dari KLIA. Ini menjadikan Sendayan Valley sebagai ladang anggur paling dekat dengan bandar.
Waktu Perniagaan & Kadar Bayaran
Ladang dibuka setiap hari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 petang dengan bayaran RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak.
Maklumat Lanjut :-
Ladang anggur “Sendayan Valley”
03-7877 8151
 
 
 
Ladang Anggur
 

Sumber: Majlis Perbandaran Nilai, 17 Februari 2013, 4.40 pm

 


2 ulasan: