Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Sabtu, 30 Mac 2013

Nama-nama yang sering diganggu Jin- Sharhan Shafie


Contoh nama-nama yang selalu diganggu jin;
1. Bakqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Badlishah
6. Erishah

Lagak Si Kucing menerkam IKAN..MIAW, MIAW..

 ......Manusia macam ni ke hendak dijulang menjadi KHALIFAH...!!!
Sungguh kasihan kepada yang tertipu akibat daripada ketaksuban membuta tuli yang tidak dapat melihat kebenaran...

MENGAPA KITA MESTI BERSEDEKAH?

 

Fadhilat Menderma

1- Umur panjang

2- Berjaya dan selamat daripada azab Allah
   SWT

3- Selamat daripada api neraka (walaupun     
   sedekahnya hanya sebesar buah tamar)

4- Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah 
   kepada orang yang berbelanja hartanya 
   akan gantian.

5- Hampir kepada Allah SWT dan syurgaNya.

6- Menjaga keselamatan harta.

7- Dosa diampuni.

8- Menyuci harta dan badan.

9- Menolak bala.

10-Dapat menggembirakan orang-orang miskin.

11-Harta jadi berkat.

12-Bayangan berteduh daripada panas hari
   kiamat dan meringankannya.

13-Memberatkan timbangan kebajikan.

14-Menjadi nur cahaya di atas titian  sirat.

15-Meninggikan darjat di syurga.

16-Tanda ikut Rasulullah SAW para sahabat dan
   ulama salaf yang soleh.

17-Menolak 70 pintu kejahatan

18-Menghapuskan kesalahan

19-Boleh minum di kolam nabi SAW.

20-Dapat tempat orang-orang pilihan Allah
   SWT.

  (source:sinar harian)
 
Apakah fadilat bersedekah?
 Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”
Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.
 
 

Isnin, 25 Mac 2013

Hanya Tinggal Kenangan...



Ramai pengikut dan penyokong PAS yang telah meninggalkan PAS kerana PAS telah melupakan matlamat utama mereka.

Khamis, 21 Mac 2013

Ahad, 17 Mac 2013

Aksi penuh Anuar....

Beginilah kalau sudah kemaruk seks...susah nak stop...macam orang ketagih ganja....pening kalau tak jumpa...




















Khamis, 14 Mac 2013

Guru yang menganjingkan polis telah ditahan...

Kota Bharu, 14 Mac - Polis Kelantan kini giat mengesan seorang
tenaga pengajar yang menghina dan mencaci pasukan keselamatan, terutama Polis Diraja Malaysia di laman sosial Facebook sejak 2 Feb lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh.

"Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948.

"Kalau benci sekalipun dengan polis jangan sampai ditulis dalam Facebook yang boleh dibaca oleh masyarakat Malaysia. Dia (suspek) nak menghasut masyarakat dan meracuni pemikiran anak muda yang melayari Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sebuah kursus di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong di sini hari ini.

Pada majlis itu, 96 anggota polis dari seluruh daerah di negeri ini diberi sijil penghargaan selepas menamatkan kursus bantuan awal menangani perusuh sebelum Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di lokasi.

'Print screen' yang ditunjukkan Jalaluddin kepada pemberita jelas menyatakan tenaga pengajar itu menghina anggota keselamatan yang berjuang menentang penceroboh di Lahad Datu dengan penggunaan perkataan seperti 'anjing', 'mati katak' dan 'doggie'.

Jalaluddin berkata beliau hairan dengan suspek yang berpendidikan tinggi, namun masih berfikiran sempit sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.

"Kami turut terima laporan polis yang dibuat oleh seorang penjawat awam pada 5 petang semalam berhubung perkara itu dan kami percaya suspek sedang bersembunyi di negeri ini," katanya. - BERNAMA


 
Sekarang kau jawablah...pandai sangat. Kalau didapati bersalah oleh mahkamah, selepas ni carilah kerja lain.

Ahad, 10 Mac 2013

Mengapa BN mesti memerintah Kelantan?

 
Orang Kelantan mesti terima hakikat. Sudah tiba masanya orang Kelantan berubah. Orang Kelantan saya akui bijak-bijak. Terjemahkan hasrat anda melalui BN. Parti yang memerintah Kelantan kini ternyata hanya gagah dibibir tetapi gagal melaksanakannya. Terlalu lama rasanya peluang yang telah diberikan kepada mereka. Namun tiada yang berubah, seperti mana Kelantan diambil oleh PAS lebih 20 tahun lalu, begitulah keadaannya sekarang. Tiada yang berubah, semakin ketinggalan Kelantan dibuatnya. Cerdik pandai dan anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana tiada peluang untuk diterjemahkan di kampung halaman.
 
Saya begitu simpati dengan nasib rakan sebangsa dan seagama saya di Kelantan. Saban tahun saya melancong ke Kelantan untuk melihat keadaan rakan seagama dan sebangsa saya di sana. Tiada perubahan yang dapat dilihat, Menteri Besar Kelantan hanya pandai bercerita soal agama sahaja namun beliau lupa bahawasanya kemajuan dan kekayaan adalah tuntutan agama  supaya Islam tidak dipandang hina. Keadaan di Kelantan tidak ubah keadaan kampung saya pada tahun awal 80an. Kasihan!
 
Saya faham sebahagian besar pengundi di Kelantan mengundi BN kerana mereka begitu merasai asab sengsara berada di bawah PAS tetapi mereka tewas dengan undi pengundi Kelantan yang berada di luar Kelantan yang masih menyanjungi MB Kelantan kerana mereka tidak merasai penderitaan rakyat Kelantan yang tidak berhijrah. MB Kelantan disanjungi kerana kelihatan begitu zuhud dan menolak kemewahan.  Mereka lupa sikap MB (Nik Aziz) Kelantan itu menyebabkan mereka menjadi bangsat di negeri-negeri yang diperintah oleh BN. Rakyat Kelantan yang menjadi bangsat di negeri-negeri yang diperintah oleh BN patut merasa malu dan terhina oleh pemerintahan PAS di Kelantan.
 
 
Sedarlah wahai pengundi Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri yang diperintah oleh BN. Mengapa anda berhijrah? Fikirkan sejenak, kalau anda katakan BN zalim dan PAS itu baik, mengapa tidak tinggal sahaja di Kelantan. Akhirnya yang zalim juga tempat berpaut dan menumpang kasih, yang pahit perlu diluahkan dan yang manis perlu ditelan. Terimalah hakikat bahawasanya PAS itu gagal membangunkan Kelantan. Bayangkan kalau Malaysia diperintah oleh PAS seperti keadaannya Kelantan sekarang. Ke mana kita hendak berhijrah? Ke mana kita hendak mengadu? Di mana kita hendak berpaut?
 
Kita tidak ubah bagi Bangla dan Indon yang berada di Malaysia sekarang. Agaknya ramailah antara kita yang akan menjadi pekerja asing di Singapura dan Timur Tengah sebagai buruh kontrak atau pekerja kilang. Ideologi pembangunan yang di bawa oleh PAS ternyata gagal. Allah telah menunjukkan bukti di mata kita, ternyata mereka gagal di Kelantan. Oleh itu, jangan berikan mereka peluang untuk masa dan tahun yang mendatang. UBAH KELANTAN.

Sabtu, 9 Mac 2013

Pengkhianat..



Manusia seperti ini tidak diperlukan dalam mana-mana pasukan keselamatan  Malaysia...dia mempamerkan sikap tidak menghargai pengorbanan rakan-rakannya di dalam PDRM...pihak TUDM mesti bertindak...

Sultan Kiram membunuh 4000 rakyatnya sendiri dan orang Sulu tidak suka dia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laporan di bawah ini begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.


Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 diatas.


Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.


Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.


Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

 
 
Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.


Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.


Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?


Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!


Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.



Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.


Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.
 
Sumber:http://panggungopera.blogspot.com/2013/03/sultan-kiram-membunuh-4000-rakyatnya.html



Rabu, 6 Mac 2013

Otak seorang blogger banggang...



Penghinaan kepada PDRM dan ATM....siapa sebenarnya blogger banggang ni...mungkin pendatang haram Sulu yang dapat IC palsu....




Ini yang blogger banggang puja...patutpun...
http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/krisis-lahad-datu-polis-patut-serang-guna-peluru-getah/#

Jumaat, 1 Mac 2013

Isu Lahad Datu memperlihatkan pengkhianatan Pakatan kepada negara..


Inilah blogger PKR yang paling bodoh yang pernah saya baca...beliau seolah-oleh tidak mempunyai ilmu langsung...idea bertaraf kartun....budak sekolah rendahpun lagi bijak ....pembelaan yang tidak kena....beliau ingatkan tentera Sulu ni baru pegang senjata ke....namanya pun TENTERA SULU....adakah mereka boleh dijentik atau  ditangkap guna dua belah tangan sahaja......malas nak ulas anda bacalah sendiri artikel di bawah...nilaikan sendiri...walau apapun takziah dan sedekah al-fatihah kepada pejuang kita yang terkorban...mereka sungguh berani..

Krisis Lahad Datu : Polis Patut Serang Guna Peluru Getah - http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/krisis-lahad-datu-polis-patut-serang-guna-peluru-getah/
lahad_datu

PERKHABARAN yang baru diterima menyatakan bahawa 3 anggota komando polis dari Unit 69 Komando telah terbunuh terkena tembakan motar dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota tentera diraja Sulu yang meletus sejak pukul 10 pagi tadi.
 
Ini bukanlah berita yang mengejutkan kerana polis, lebih-lebih lagi unit komando polis hutan ini diwujudkan memang untuk membunuh atau dibunuh. Dan sekarang mereka yang terbunuh, nasiblah, tidak ada apa yang perlu dikesalkan tentang itu.
Cuma yang agak menimbulkan persoalan, ada juga berita yang menyatakan bahawa setakat ini 10 anggota tentera Sulu turut terbunuh dalam serangan balas oleh pihak pasukan keselamatan, dan ini hanya permulaan, Persoalannya, bagaimana sebegini banyak nyawa terkorban sedangkan mereka bukanlah anggota tentera terlatih seperti Unit 69 Komando yang terlibat dalam serangan tadi.
 
Dari apa yang suarapakatanrakyat dimaklumkan, pasukan polis sebetulnya boleh sahaja menggunakan senjata yang tidak membunuh untuk menamatkan pencerobohan tentera diraja Sulu tersebut.
 
Lagipun khabarnya hanya 30 dari 150 orang anggota tentera Sulu tersebut sahaja yang bersenjata (itupun jenis lama dan uzur), berbanding dengan anggota keselamatan yang semuanya dilengkapkan dengan senjata canggih-canggih belaka.
Maka tidak hairanlah kenapa Pakatan Rakyat beranggapan, pasukan keselamatan sepatutnya menggunakan senjata tidak membunuh seperti peluru getah, taser dan lain-lain dalam berhadapan dengan pasukan tentera Sulu ini.
 
Perkara ini (penggunaan senjata tidak membunuh) tidak mustahil kalau taktik yang betul turut digunakan seperti serangan mengejut pada waktu malam menggunakan night vision goggle atau NVG. Laman ini tidak yakin pasukan tentera Sulu itu turut dilengkapi dengan peralatan NVG ini.
 
Kalau perlu sangat nak membunuh sekalipun untuk menamatkan insiden pencerobohan tersebut, pasukan polis boleh sahaja menggunakan senapang penembak tepat yang boleh membunuh dari jarak jauh. Suarapakatanrakyat.com difahamkan anggota pasukan keselamatan mempunyai senjata penembak tepat yang boleh melepaskan tembakan dari jarak berkilometer jauhnya.
 



Semua pendekatan ini kalau dilakukan dengan betul, boleh menyelamatkan banyak nyawa, terutama di sebelah anggota tentera Sulu yang bertahan di Kg Tandou, Lahad Datu.
 
Difahamkan setakat ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang, Tien Chua dan Datuk Seri Nizar Jamaludin telah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan polis di Lahad Datu itu, dan suarapakatanrakyat.com tidak boleh tidak, perlu menyokong semua kenyataan ini kerana ia dibuat dalam konteks yang betul.
 
Kit Siang umpamanya menyalahkan strategi yang digunakan pihak polis sehingga menyebabkan kematian yang banyak ini.
p/s harapnya selepas ini wang negara tidak dibazirkan untuk membiayai upacara pengebumian negara untuk 3 anggota polis yang terkorban. Kanang dulu dah RM 1 juta satu pengebumian, ini 3 orang sekaligus!!
 
- See more at: http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/krisis-lahad-datu-polis-patut-serang-guna-peluru-getah/#sthash.fID9ob6l.dpuf