Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Rabu, 24 Julai 2013

Perdana Menteri mengumumkan bantuan hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awam sehingga gred 54.

SHAH ALAM: Mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor hari ini bersetuju memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri tersebut, lapor Keadilan Daily.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan itu kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Jika Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

“Saya berharap bonus ini meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan raya.

“Kita juga berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus untuk simpanan dan kegunaan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya di sini yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/selangor-beri-bonus-aidilfitri-sebulan-gaji-kepada-kakitangan-awam-18982?cp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan