Fakta mengenai isu ruang makan pelajar SRK Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor.
1. TIADA tandas di dalam bilik persalinan diubahsuai menjadi ruang rehat dan makan.
2. Ruang itu digunakan oleh semua pelajar TANPA mengira bangsa dan agama. Maksudnya, sebelum Ramadan, ruang sama digunakan oleh pelajar beragama Islam sejak Mac 2013 (bukan kerana bulan puasa).
3. Kerja pengubahsuaian kantin sekolah dilaksanakan oleh pihak kontraktor di antara 17 dan 23 Julai 2013. Bermula hari ini, kantin sekolah dibuka semula.
4. Berikutan kekangan keluasan kantin, bilik persalinan dibersihkan itu dinaiktaraf untuk dijadikan tempat makan. Hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 untuk membina atap tambahan di kantin sekolah.
5. Kamalanathan berkata kepada wartawan, isu ruang makan, TIADA kaitan dengan agama dan bangsa.
6. Ayah kepada pelajar India memuatnaikkan gambar ruang makan (didakwa TANDAS) di Facebook itu didapati tidak muncul sewaktu Kamalanathan melawat sekolah kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Dia juga tidak kelihatan sewaktu sidang media diadakan bersama wartawan pelbagai agensi berita.
Hairan.
Sepatutnya dia datang untuk mengemukakan aduan terus kepada Kamalanathan dan pastinya menjadi tumpuan wakil media pembangkang.
7. Anak lelaki sama, baru dipindahkan dari SRK Bukit Darah ke SRK Sri Pristana sejak seminggu lalu.
8. 96 daripada 98 tenaga pengajar SRK Sri Pristana berbangsa Melayu. 23 pelajar India, 3 Cina dan selebihnya Melayu.
"Kantin sekolah hanya boleh menampung di antaa 500 dan 600 pelajar sahaja kerana itu bilik persalinan dinaiktaraf untuk digunakan oleh pelajar sejak lebih 3 bulan lalu. Guru Besar telah memohon maaf kerana memilih ruang kurang sesuai. Saya juga memohon maaf," ujar Timbalan Menteri terbabit.
"Kantin sekolah hanya boleh menampung di antaa 500 dan 600 pelajar sahaja kerana itu bilik persalinan dinaiktaraf untuk digunakan oleh pelajar sejak lebih 3 bulan lalu. Guru Besar telah memohon maaf kerana memilih ruang kurang sesuai. Saya juga memohon maaf," ujar Timbalan Menteri terbabit.
9. Guru Besar sekolah, 57 tahun, bekas Ketua UMNO Cawangan dan secara sukarela melepaskan jawatan itu untuk memberikan lebih tumpuan kepada pelajar dan sekolah dipimpin oleh beliau.
10. Kira-kira 30 dipercayai penyokong parti bukan kerajaan berada di sekitar sekolah sambil menjerit-jerit membuat bantahan.
Saya yakin, isu ini dijadikan agenda politik oleh pihak tertentu. Bayangkan, jika berikutan kes terbabit, Guru Besar Melayu dipindahkan, apakah reaksi susulan keluarga 1,347 pelajar Melayu kini menuntut di SRK Sri Pristana?
Dipetik dari blog:http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pengadu-tidak-muncul-tatkala-timbalan.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan