Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Rabu, 24 Julai 2013

Perdana Menteri mengumumkan bantuan hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awam sehingga gred 54.

SHAH ALAM: Mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor hari ini bersetuju memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri tersebut, lapor Keadilan Daily.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan itu kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Jika Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

“Saya berharap bonus ini meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan raya.

“Kita juga berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus untuk simpanan dan kegunaan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya di sini yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/selangor-beri-bonus-aidilfitri-sebulan-gaji-kepada-kakitangan-awam-18982?cp

PENGADU TIDAK MUNCUL TATKALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II HADIR DI SRK SRI PRISTANA

Fakta mengenai isu ruang makan pelajar SRK Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor.

1. TIADA tandas di dalam bilik persalinan diubahsuai menjadi ruang rehat dan makan.

2. Ruang itu digunakan oleh semua pelajar TANPA mengira bangsa dan agama. Maksudnya, sebelum Ramadan, ruang sama digunakan oleh pelajar beragama Islam sejak Mac 2013 (bukan kerana bulan puasa).

3. Kerja pengubahsuaian kantin sekolah dilaksanakan oleh pihak kontraktor di antara 17 dan 23 Julai 2013. Bermula hari ini, kantin sekolah dibuka semula.



4. Berikutan kekangan keluasan kantin, bilik persalinan dibersihkan itu dinaiktaraf untuk dijadikan tempat makan. Hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 untuk membina atap tambahan di kantin sekolah.

5. Kamalanathan berkata kepada wartawan, isu ruang makan, TIADA kaitan dengan agama dan bangsa.

6. Ayah kepada pelajar India memuatnaikkan gambar ruang makan (didakwa TANDAS) di Facebook itu didapati tidak muncul sewaktu Kamalanathan melawat sekolah kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. Dia juga tidak kelihatan sewaktu sidang media diadakan bersama wartawan pelbagai agensi berita.

Hairan.

Sepatutnya dia datang untuk mengemukakan aduan terus kepada Kamalanathan dan pastinya menjadi tumpuan wakil media pembangkang.

7. Anak lelaki sama, baru dipindahkan dari SRK Bukit Darah ke SRK Sri Pristana sejak seminggu lalu.

8. 96 daripada 98 tenaga pengajar SRK Sri Pristana berbangsa Melayu. 23 pelajar India, 3 Cina dan selebihnya Melayu.

"Kantin sekolah hanya boleh menampung di antaa 500 dan 600 pelajar sahaja kerana itu bilik persalinan dinaiktaraf untuk digunakan oleh pelajar sejak lebih 3 bulan lalu. Guru Besar telah memohon maaf kerana memilih ruang kurang sesuai. Saya juga memohon maaf," ujar Timbalan Menteri terbabit.


9. Guru Besar sekolah, 57 tahun, bekas Ketua UMNO Cawangan dan secara sukarela melepaskan jawatan itu untuk memberikan lebih tumpuan kepada pelajar dan sekolah dipimpin oleh beliau.

10. Kira-kira 30 dipercayai penyokong parti bukan kerajaan berada di sekitar sekolah sambil menjerit-jerit membuat bantahan.

Saya yakin, isu ini dijadikan agenda politik oleh pihak tertentu. Bayangkan, jika berikutan kes terbabit, Guru Besar Melayu dipindahkan, apakah reaksi susulan keluarga 1,347 pelajar Melayu kini menuntut di SRK Sri Pristana?

Dipetik dari blog:http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pengadu-tidak-muncul-tatkala-timbalan.html?m=1

Selasa, 23 Julai 2013

ISU MAKAN DALAM BILIK PERSALINAN - SK SERI PRISTANA








Guru-guru makan di bilik persalinan....


Kalau benar kamu prihatin, kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan hal yang sama (makan dibilik persalinan). Mereka (pelajar muslim) tidak diberi layan istimewa, makan di tempat yang seakan-akan mewah. Mereka diberi layanan yang sama. Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan disitu adalah bukan muslim, membuatkan hal ini menjadi isu besar. Adakah kamu lihat apa yang saya lihat sekarang?

* Gambar-gambar ini dapat memberikan penjelasannya..
 
Dipetik daripada:http://panggungopera.blogspot.com/2013/07/luahan-hati-anak-dara-guru-besar-sk-sri.html

Isnin, 22 Julai 2013

Alhamdulillah Bekas ADUN Gerakan mengucapkan 2 kalimah Syahadah

 



Bekas ADUN Teratai menjadi Muslim di bulan Ramadhan

8 tahun umat Islam disibukkan dengan retorik party politik Melayu Islam " sapa yang lebih Islam "di Malaysia.....ini buktinya!
Bekas ADUN Teratai dari party GERAKAN Telah Memeluk ugama Islam.

Yap Soo Sun Mantan ADUN Teratai Peluk Islam Di Bulan Mulia Yang Penuh Keberkatan,Bulan Ramadhan.Tunjuk Ajar Pada Dia Bagaimana Cara Kehidupan Islam.
Terfikir Soalan cepumas, siapa yang lebih Berjaya mentarbiyahkan ADUN dan MP bukan Islam kepada Islam? Saya belum dengar lagi mana mana MP dan ADUN DAP Berjaya ditarbiyah Pas UNTUK memeluk Islam walaupon sibuk didakyahkan semasa PRU12 dan PRU13 seorang Lim di Pulau Pinang konon nak masuk Islam tapi takutkan bapanya!
Sebelum ini pon ada seorang bekas menteri dari Sarawak (Barisan Nasional) juga telah memeluk ugama Islam...lihat senarai nama MP Sarawak semasa PRU13

Jika ikut statistic sudah 2 orang MP dan ADUN BN masuk Islam. PAS bila lagi nak tarbiyah DAP?
 
 
Dipetik:http://anakbukitgantang.blogspot.com/2013/07/alhamdulillah-bekas-adun-gerakan.html