Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Sabtu, 6 April 2013

PAS, Hudud dan Islam PAS




Saksikanlah vedio di bawah.

 

 Video ini menjelaskan pembohongan besar dan munafiknya Pas apabila mempolitikkan Islam dalam meraih undi demi kepentingan politik mereka



Selama ini PAS banyak mengfitnah Tun Mahathir dan fitnah menjadi makanan harian buat PAS . Mereka sewenang-wenangnya mengkafirkan orang lain hanya kerana pihak lain tidak bersetuju dengan perjuangan mereka.


                                                                       Castelo

Agama dilacurkan dan matlamat menghalalkan cara walaupun Mat Sabu ditangkap khalwat kerana beliau seorang khawarij PAS, maka terlepaslah dari hukuman atas pengampunan oleh seorang yang diangkat menjadi Mursyidul Am PAS. Jawatan Mursyidul Am PAS seperti paderi Kristian yang boleh mengampunkan dosa, kesalahan khalwat pun boleh di terlepas dek kerana Islam PAS agak lain macam daripada Islam yang ada diseluruh dunia.



Tindakan PAS yang berdolak dalik mengenai hudud ternyata mereka mempergunakan Islam sepenuhnya untuk memperbodohkan umat Islam. Jenama Islam dijaja bagaikan produk murahan. Nilai Islam pada pandangan PAS hanyalah menjadi alat untuk mendapatkan kuasa politik. Nik Aziz ternyata berdolak dalik mengenai hudud, malah sekarang ini mereka sudah maju kehadapan meninggalkan perjuangan palsu mereka untuk beralih arah kepada perjuangan Malaysian Malaysia.



PAS menjadi sebahagian daripada DAP. Bukan DAP sebahagian daripada PAS seperti yang diharap-harapkan oleh pengikut fanatik PAS. Dahulunya DAP tidak punyai sayap yang boleh meraih undi melayu. Kini PAS menjadi sebahagian jentera kempen DAP untuk merealisasikan cita cita mereka. PAS adalah sayap kiri DAP untuk memenuhi matlamat dan cita-cita orang-orang kafir terutama orang Kristian.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan