Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Sabtu, 30 Mac 2013

MENGAPA KITA MESTI BERSEDEKAH?

 

Fadhilat Menderma

1- Umur panjang

2- Berjaya dan selamat daripada azab Allah
   SWT

3- Selamat daripada api neraka (walaupun     
   sedekahnya hanya sebesar buah tamar)

4- Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah 
   kepada orang yang berbelanja hartanya 
   akan gantian.

5- Hampir kepada Allah SWT dan syurgaNya.

6- Menjaga keselamatan harta.

7- Dosa diampuni.

8- Menyuci harta dan badan.

9- Menolak bala.

10-Dapat menggembirakan orang-orang miskin.

11-Harta jadi berkat.

12-Bayangan berteduh daripada panas hari
   kiamat dan meringankannya.

13-Memberatkan timbangan kebajikan.

14-Menjadi nur cahaya di atas titian  sirat.

15-Meninggikan darjat di syurga.

16-Tanda ikut Rasulullah SAW para sahabat dan
   ulama salaf yang soleh.

17-Menolak 70 pintu kejahatan

18-Menghapuskan kesalahan

19-Boleh minum di kolam nabi SAW.

20-Dapat tempat orang-orang pilihan Allah
   SWT.

  (source:sinar harian)
 
Apakah fadilat bersedekah?
 Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”
Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan