Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Khamis, 14 Februari 2013

Nik Ajis kata UMNO tipu PAS semasa PAS berada dalam BN....

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan UMNO tidak pernah menipu PAS ketika parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN) seperti didakwa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Perdana Menteri berkata, perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO, sebaliknya kekalahan mereka dalam pilihan raya di Kelantan pada 1978 menyebabkan mereka keluar BN.
MB cabar Asri


Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO, tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan) mencabar kepemimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS) ketika itu. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar BN... tidak ada penipuan oleh UMNO.

Nik Aziz dilapor menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha menyatupadukan orang Melayu. Katanya PAS ditipu oleh UMNO ketika berada dalam BN.

Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang, kata Dr Mahathir dalam entri terbaru blognya, www.chedet.cc, bertajuk Siapa Tipu Siapa, semalam.

Dr Mahathir berkata, beliau adalah menteri dalam Kabinet Tun Hussein Onn ketika PAS keluar BN, malah berada dalam Kabinet Tun Razak Hussein bersama Asri dan Datuk Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua PAS ketika itu) ketika parti Islam berkenaan menyertai BN.
Beliau (Asri) diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian... bermakna dia bertanggungjawab terhadap FELDA. Selepas beberapa bulan PAS dalam BN, ahli UMNO Johor mengadu kepada Tun Razak pada majlis makan malam di kediaman (Tun) sempena mesyuarat agung UMNO.

Asri promosi PAS

Mereka mengadu Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun ketika itu.

Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO.

Waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai Ketua PAS dengan Mohd sebagai Menteri Besar untuk ganti Asri. Beliau (Mohd) mendakwa dia mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan, katanya.

Cuba singkir Mohd

Dr Mahathir berkata, Asri kemudian cuba menyingkir Mohd melalui undi tidak percaya dan beliau (Mohd) enggan meletak jawatan walaupun kalah.

Ramai ahli PAS memihak kepada Mohd dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri. Kerana PAS berpecah... kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

Tubuh BERJASA

Pada Mac 1978, pilihan raya negeri diadakan di Kelantan dan Mohd menubuhkan parti BERJASA yang bertanding melawan PAS.

Sokongan kepada BERJASA begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi, manakala PAS hanya menang dua kerusi, katanya.

Dr Mahathir berkata, walau apapun yang terjadi dulu, umat Islam disuruh oleh agama menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan itu untuk berdamai.

Umat Islam disuruh bersatu padu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas," katanya.
 
 
Sumber; BH 14 Februari 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan