Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Isnin, 9 Julai 2012

Mamali 2


Hari ini, sekitar 2.30 petang, Putrajaya menjadi heboh apabila Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diserang. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. Kedua-dua suspek yang bersenjatakan pedang samurai telah di kaki dan tangan setelah diberi amaran oleh pihak Polis. Beberapa kereta kakitangan JPM telah dipecahkan akibat daripada kejadian berkenaan. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid  berkata lelaki yang meninggal dunia setelah cedera ditembak dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47 manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun.


Motif sebenar penyerang berkenaan masih belum dikenalpasti. Apakah ini pengikut fanatik mana-mana parti potik atau adakah mereka terdiri daripada penagih morphin tegar seperti Uncleseekers? Apakah golongan Al Maunah telah mula bertapak kembali di Malaysia. Apakah kedua-dua orang ini merupakan sebahagian kecil daripada kumpulan besar di luar sana yang berhasrat untuk menggulingkan Kerajaan secara kekerasan? Apakah ahli-ahli politik pembangkang Pakatan Haram akan menangguk di air yang keruh dengan memanipulasikan dan menjaja isu kematian lelaki berkenaan sepertimana isu Teoh Beng Hock dan isu Kugan. Di bawah adalah gambar rakaman CCTV mengenai kejadian tersebut. - Cucu Tok Selampit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan