Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Isnin, 12 September 2011

Waris Sarjan Hassan pulak marah kat Jendral Mat Sabu..



SARJAN Hassan ketika menerima anugerah Military Medal dari Leftenan Kol EA Hefford.

Waris Allahyarham Kapten Hassan Osman merasa amat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempersoalkan tayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Sambil menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah, menantu Allahyarham, Abdul Karim Mohd. Nasir, 56, berkata, tindakan terbaru Timbalan Presiden Pas itu cuba menidakkan sumbangan Sarjan Hassan sebagai perwira negara dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menuntut Mohamad membuat permohonan maaf ekoran kenyataan tersebut.

''Meskipun Sarjan Hassan merupakan seorang tentera British tetapi jiwa dan raganya dikorbankan semata-mata untuk mempertahankan negara ini daripada dicerobohi terutama oleh komunis bintang tiga.

''Mungkin ramai yang tidak tahu beberapa orang keluarga Sarjan Hassan termasuk isterinya yang sedang hamil telah dibunuh kejam oleh bintang tiga di kampungnya di Jalan Pantai, Seremban. Atas sebab itu Sarjan Hassan menyertai tentera British,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Karim yang tinggal di Bukit Sebukur, Batu Berendam, Melaka mengulas tindakan Mohamad yang mempersoalkan penayangan filem Sarjan Hassan arahan Allahyarham P. Ramlee.

Abdul Karim berkata, tujuan bapa mertuanya menyertai tentera British semata-mata untuk mempertahankan negara dan memburu komunis.

''Jika Sarjan Hassan tidak menyertai tentera British bagaimana dia boleh menggunakan senjata api dan mempelajari ilmu peperangan,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak berita itu dibaca pagi ini seluruh keluarganya tidak dapat menerima kenyataan Mohamad itu kerana jelas ia bertentangan dengan sejarah.

Jelas beliau, isterinya yang juga anak kepada Sarjan Hassan, Siti Hawa Hassan, 56, amat marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu itu.

Beliau berkata sepanjang perkhidmatan Sarjan Hassan berjaya membunuh 52 orang komunis.

Sementara itu Siti Hawa tidak dapat menyembunyikan kemarahannya dan kekecewaannya ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad.

''Seorang penulis iaitu Harun Johari telah menulis sebuah buku yang menceritakan perjuangan Sarjan Hassan bertajuk Kapten Hassan, Wira Bangsa terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

''Buku itu kini menjadi rujukan para pelajar di negeri-negeri utara tanah air. Buku tersebut merupakan catatan sejarah perjalanan perjuangan bapa saya mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya,'' kata beliau.

Siti Hawa berkata, bapanya meninggal dunia pada April 1993 dan jenazahnya telah dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Seremban dalam usianya 72 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan