Hijrah adalah satu fenomena...

Hijrah adalah satu fenomena...
Alor Pongsu Perak...."Mungkinkah aku akan kembali"

Jumaat, 24 Mei 2013

Suka duka guru melayu di sekolah cina

Pagi tadi Isnin 6 Mei, aku ke sekolah seperti biasa, muka guru-guru dan pelajar semuanya ceria dan gembira teramat sangat.

Semua gembira kerana Dap menang banyak, tetapi bila berkumpul sesama mereka, berbisik-bisik sesuatu yang serius, seorang rakan aku terdengar apa yang mereka bisikan, rupanya mereka takut sangat jika Pas keluar dari Pakatan, sebabnya khalayak boleh fikir dan nilai sendiri lah.

Selepas itu seorang lagi kawan aku bercerita., waktu dia dalam kelas pelajarnya dengan berani bertanya dia undi apa semalam., kemudiannya mereka berkata begini

"Cikgu undi roket lah, kalau Dap menang negara kita maju seperti Singapore, orang Dap sudah janji kalau Dap menang, orang Singapore akan datang tolong Dap..

"Kali ini pakatan rakyat sudah naik...lagi 5 tahun lagi kami semua sudah boleh undi, mahu undi roket, mahu jadi seperti Singapore"

Akan tetapi aku sedih sangat-sangat bukan semua yang percaya apa yang kenyataan aku siarkan ini, mereka tidak tahu macam mana susahnya kami guru-guru melayu bertugas di sekolah cina, kebajikan kami guru-guru melayu langsung tak ada dan tidak terbela.

Kami tak ada bilik khas untuk makan di kantin, tempat makan kami hanya meja kayu lama panjang dan sudah uzur betul-betul tepi tong sampah dan tepi longkang (sebenarnya kami kena kongsi meja tersebut dengan budak-budak sebab hakikatnya memang meja itu meja makan budak-budak kat tengah-tengah kantin itu, kami tak ada meja khas pun) sedangkan mereka guru-guru cina makan dalam bilik khas di kantin (khusus untuk mereka sahaja).

Meja kami itu juga akan digunakan oleh budak-budak bila mereka keluar rehat, bila nak makan tengah hari kantin penuh dengan budak-budak.

Sekolah petang, tahu sahajalah budak-budak cina, cakap memang kuat dan bising volume tinggi punya, kalau mereka bergaduh sampai langgar kita yang tengah makan ini, sebab meja mereka di belakang meja kami saja, sampai nak makan pun tersedak

Nama saja ada kantin melayu tetapi orang kantin melayu tak boleh jual air, tak boleh jual itu tak boleh jual ini sebab nanti orang kantin cina marah, kalau budak cina beli di kantin orang melayu mereka rugi, jadi mereka hasut budak-budak cina jangan beli di kantin melayu.

Sebab itulah kantin melayu sudah beberapa kali bertukar ganti. sebab tak tahan dengan sikap rasis kantin cina yang kontrol depa. Bil elektrik, bil air dan sewa yang dikenakan mahal pada hal tak setimpal dengan apa yang mereka guna.

Kami guru-guru melayu ini selalu kena ajar kelas-kelas hujung, kelas budak-budak yang tak pandai diberikan kepada guru-guru melayu, kelas depan yang pelajarnya pandai diberikan kepada guru-guru cina semua....

Budak-budak kelas-kelas hujung di sekolah cina ini, semuanya jenis kurang ajar, biadab dan kasar.

Jika di sekolah melayu, walaupun ada budak-budak melayu yang kurang ajar, tetapi bila cikgu marah, tegur depa masih ada sikap hormat kepada guru tetapi di sini jangan harap depa nak hormat siap maki hamun kita lagi dalam bahasa depa, 'cibai, lancau, bodoh, gila' itu antara kata-kata depa kepada kami guru-guru melayu...

Ini pula salah satu cerita dari kawan aku XY

XY : Waktu awal tahun dulu, budak-budak tak tahu aku pandai cakap cina, aku pun tak tunjuk lah yang aku tahu cakap cina, bila aku masuk kelas XYX, aku bagi mereka kerja rumah, nak tahu apa mereka cakap, adalah seorang budak perempuan duduk meja depan sekali, dia boleh dia cakap dalam bahasa cina dengan kawan di sebelah, dia dok kutuk aku dan cikgu-cikgu melayu yang lain.

Dia kata macam ini betul di depan aku yang sedang berdiri mengajar kat depan, " ini pompuan gila tak tahu kah, kita semua banyak kerja rumah, dia ingat dia seorang punya subjek ka kita kena buat kerja rumah, banyak lagi subjek lain yang lebih penting dari pendidikan seni ini...
 
" Semua cikgu melayu kat sekolah kita ini bodoh, gila, tak ada otak punya orang, tengok sekarang kita kutuk depan dia pun dia tak tahu kita cakap apa. bodoh, gila"
aku pun apalagi...terus cakap Mandarin depan dia

" Hang la bodoh, semua cikgu melayu yang Hang kata bodoh itu yang nak ajar Hang bagi pandai, tapi Hang tak reti dan buat tak faham dan tak nak berterima kasih. Boleh kata lagi cikgu bodoh, gila.jenis keturunan sial kurang ajar sampai bila-bila "...terus dia tunduk diam tak kata apa....

Kalau cikgu cina tak masuk kelas, lewat masuk kelas, datang sekolah lewat...tak pernah pula marah atau panggil nama cikgu itu, tetapi kalau kami cikgu melayu masuk kelas lewat, lambat hantar kerja, pihak pentadbir akan cari kami satu sekolah, siap buat pengumuman di sia raya panggil kami.sampai sekolah kat luar pun boleh dengar, salah cikgu cina boleh pula pejam mata buat tak tahu, kalau orang melayu, mesti nak cari pasal saja...

Bab kerja, bab duit memang cikgu-cikgu cina berkira sangat. Kalau ada aktiviti koko memang kalau boleh depa tak mahu datang jaga budak, sedangkan itu budak-budak itu bangsa depa sendiri....kalau duit pula, memang susah nak keluarkan duit depa.

Sampaikan nak beli kain untuk buat baju batik sekolah pun depa tak mahu sebab baju batik itu mahal sangat sampai seratus lebih.

Kalau ada jamuan, sekolah akan bagi bajet yang sangat sikit, tetapi nak makan sedap-sedap, duit tak mahu keluar, kalau cikgu melayu minta upgrade akan bilik/bengkel depa tak nak bagi peruntukan, kalau bagi pun kena control tetapi kalau cikgu bangsa depa minta, dapat pula....

Aku rasa...cukuplah sampai sini dulu...banyak lagi benda yang aku nak cerita. Tengok lah kalau aku ada mood nak ceritakan dan yang nak percaya, percayalah, tak nak percaya aku tak suruh hangpa percaya, tetapi semua yang di atas itu realiti yang berlaku pada aku dan kawan-kawan aku di sebuah sekolah cina.

Salah seorang guru dan penyokong Dap tegar, terlepas cakap waktu tengah berborak dengan kawan-kawan dia dalam bilik guru cakap macam ini tanpa sedarnya aku ada di situ, katanya,

"Orang melayu ini BINATANG PELIHARAAN parti politik, sanggup ikut dan taksub dengan tuan sendiri. bergaduh, berlawan sama bangsa sendiri sebab politik, tetapi tengok orang cina, mana ada gaduh sebab politik, hahahaha...."
 
Ini belum jadi pemerintah lagi, kalau dah berjaya tawan negara nanti?
 
Copy :Taiping Mali
 
**************
 
Semasa saya mula mengajar di sebuah sekolah SJK(C) di Kepong pada hujung 90an...kehadiran guru-guru Melayu amat tidak dialu-alukan...murid-murid akan membuat bising macam pasar di dalam kelas semasa guru mengajar... sehingga guru-guru tidak tahan dan akan berpindah sekolah...murid-murid memperlekeh guru-guru Melayu sehingga saya pernah melihat sendiri murid Cina menjerirkan lidah dan mengangkat tapak kaki tinggi di belakang kepala kawan saya semasa dia berjalan di dalam dewan sekolah...
Di SJK(C)..guru Melayu sudah biasa kena maki dalam bahasa Cina...kami dah jadi biasa..mereka terasa hina bila guru Melayu mengajar mereka kerana mereka menganggap orang Melayu adalah paria... 

Ahad, 12 Mei 2013

PRU14 - Hampir Mustahil BN Untuk Merampas Selangor

Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi DAP untuk Parlimen dan DUN .




Keputusan Pilihanraya baru-baru ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) telah kehilangan sebilangan kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihanraya sebelumnya. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini adalah kesan dari apa yang dikatakan 'tsunami Cina' .



Beberapa tokoh politik dari Pembangkang pula berpendapat sebaliknya, malah Merdeka Center selaku sebuah badan analisis bebas turut menyatakan pandangan Najib berkenaan 'tsunami Cina' adalah tidak tepat.


Penulis walau bagaimanapun lebih bersetuju dengan pandangan YAB PM berdasarkan corak sokongan kaum Cina terhadap BN sepanjang tempoh 2008 hingga 2013.



Majoriti kaum Cina sebelum tahun 2008 dilihat agak pasif dengan perkembangan politik tanah air malah mereka tidak menentang atau menunjukkan sokongan kepada Pembangkang secara terbuka....


Kegagalan Barisan Nasional pada Pilihanraya tahun 2008 dalam memperoleh majoriti 2/3 kerusi parlimen merupakan titik tolak momentum sokongan kaum Cina terhadap parti Pembangkang, tambahan pula PAS dilihat boleh berkompromi dengan gabungan DAP dan PKR dalam soal-soal perjuangan parti itu yang berteraskan Islam.



DAP yang merupakan parti majoriti kaum Cina mendahului PAS dan PKR dalam jumlah kerusi parlimen yang dimenangi iaitu sebanyak 38 kerusi.



Dalam konteks negeri Selangor [rujuk jadual atas tadi], DAP telah bertanding di 4 buah kerusi parlimen yang majoritinya pengundi Cina iaitu Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara dan Klang.


Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula , DAP turut bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Cina iaitu Sekinchan, Kuala Kubu Baru, Teratai, Kinrara,Damansara Utama, Kampung Tunku, Balakong, Seri Kembangan, Subang Jaya, Bukit Gasing, Sungai Pinang, Pandamaran, Kota Alam Shah, Teluk Datuk, dan Sungai Pelek. DAP menang di semua 15 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen yang ditandingi.




Jadual diatas adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PAS untuk Parlimen dan DUN .

Jadual diatas adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PKR untuk Parlimen dan DUN .


Daripada jadual yang ditunjukkan di atas, daripada 22 kerusi parlimen Selangor yang ditandingi Pakatan Pembangkang, 7 kerusi Parlimen dengan peratusan pengundi Cina 41-51% disapu bersih (100%) oleh Pakatan.


Bagi kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 31-40%, daripada 6 buah kerusi yang ditandingi Pakatan Pembangkang, 5 kerusi berjaya dimenangi (83.3%) .


Manakala untuk kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 21-30% dan kurang, Pakatan berjaya memperoleh 5 buah kerusi daripada 9 yang dipertandingkan dimana peratus kerusi yang dimenangi semakin berkurangan iaitu sebanyak 55.5%.


Dari data yang ditunjukkan di atas agak jelas apabila peratusan pengundi Cina yang semakin berkurangan di kerusi parliamen yang dipertandingkan, peratus kemenangan Pakatan Pembangkang juga semakin berkurangan.


Pola pengundian yang serupa turut ditunjukkan bagi kerusi DUN yang dipertandingkan . Bagi DUN yang mempunyai 60% dan keatas pengundi Cina, Pakatan Pembangkang memperoleh kesemua kerusi yang dipertandingkan (100%). 9 DUN yang mempunyai 51-60% pengundi Cina turut disapu bersih (100%) oleh Pakatan Pembangkang.


'Trend' yang serupa (100%) dituruti oleh pengundi di 3 DUN yang mempunyai 41-50% pengundi Cina. 'Trend' ini masih tidak menunjukkan perubahan di 6 DUN yang mempunyai 31-40% pengundi Cina apabila Pakatan Pembangkang memperoleh kemenangan di kesemua tempat.


Walau bagaimanapun, pola pengundian berubah di 32 DUN yang mempunyai peratus pengundi Cina yang rendah iaitu dalam lingkungan 1-30%. Pakatan Pembangkang berjaya memperoleh 20 kerusi daripada 32 yang DUN yang dinyatakan iaitu sebanyak 63.5%.


Dari corak pengundian yang ditunjukkan untuk DUN dan Parlimen , kenyataan Najib bahawa 'tsunami Cina' adalah tepat memandangkan BN langsung tidak memenangi sebarang kerusi untuk DUN bagi kawasan yang mempunyai peratus pengundi Cina dalam lingkungan 31-60%.


Faktor kemenangan BN di kawasan yang peratus pengundi Cina yang rendah (1-30%) dibantu sokongan pengundi-pengundi Melayu dan India. Kekalahan BN di kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi pula boleh dijustifikasikan sebagai pengaruh PAS itu sendiri terhadap pengundi-pengundi Melayu selain mempunyai beberapa 'kubu kuat' yang terus dikekalkan.


Kesan pengaruh PAS ini boleh dilihat apabila berlaku pertembungan antara calon PAS dan PKR di Kota Damansara yangmenyebabkan pecahan undi yang memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di kerusi DUN itu .


Walaupun BN berjaya memenangi 12 kerusi DUN Selangor, kebanyakkan majoriti yang diperoleh semakin berkurangan, ini mungkin berlaku disebabkan kehilangan sokongan minoriti pengundi Cina di kawasan itu.


Oleh yang demikian, 'Tsunami Pengundi Cina' seperti yang dinyatakan oleh Najib adalah berasas kerana ia merupakan faktor utama kegagalan BN memperoleh majoriti 2/3 apabila senario politik negara melihat peralihan besar sokongan kaum Cina terhadap parti Pembangkang.


Riak-riak sokongan ini boleh dilihat selepas PRU-12, kaum Cina lebih terbuka membantah dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan malah bersama-sama menyertai demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan Pembangkang. Senario ini tidak pernah berlaku semenjak pilihanraya tahun 1969....
Kredit-KLPos.com

Rabu, 8 Mei 2013

Dalam masa 6 bulan ramai yang akan lompat parti..insyaallah..


Saya yakin dalam tempoh 6 bulan dari sekarang ramai MP dan DUN PKR akan melompat parti menyertai BN atau menjadi ahli bebas. PRU13 merupakan pilihanraya terakhir buat PKR kerana pada PRU14 akan datang Saudara Anuar Ibrahim sudah berusia 71 tahun. Kegagalan PR menumbangkan BN dalam PRU13 merupakan titik noktah kepada pemimpin-pemimpin PKR terutama orang Melayu. Untuk meneruskan cita-cita politik dan merealisasikan hasrat mereka, adalah lebih baik menyertai BN/UMNO. Lagipun pengundi sudah bosan politik melampau yang dibawa oleh Anuar. Pengundi Cina pula saya pasti akan kembali kepada MCA kerana mereka sedar kuasa undi yang mereka ada tidak dapat menjatuhkan BN. Tindakan mereka 97% menyokong DAP dibimbangi hanya akan menerima bencana daripada kerajaan Bumiputra yang memerintah sekarang.

Adakah anda setuju?

 
KITA BOLEH MEMERTABATKAN AGAMA ISLAM DAN MENJADIKAN BANGSA MELAYU BANGSA  YANG BERJAYA ?
 

Ahad, 5 Mei 2013

PRU13: UMNO kekal jadi tonggak BN

 

KUALA LUMPUR: UMNO kekal tonggak Barisan Nasional (BN)apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

UMNO menyumbang 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. UMNO bertanding 120 kerusi kali ini.

Angka 109 kerusi itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 23 peratus berbanding PRU 2008 apabila BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 kerusi yang dipertanding.


Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), UMNO berjaya menguasai 244 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertanding berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memperoleh majoriti lebih besar iaitu 35,613 apabila mempertahan kerusi Pekan daripada dirampas lawannya, Mohd Fariz Musa dari PKR.

Pada PRU 2008, Najib menewaskan calon PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti undi sebanyak 26,464.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mempertahan kerusi Pagoh selepas mengalahkan lawannya, Mohd Rozali Jamil dari PAS dengan majoriti 12,842 undi.
Pada 2008, Muhyiddin menewaskan Mohd Rozali dengan majoriti 12,581 undi.

Di kerusi panas, UMNO hanya menang di Parlimen Arau apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menumpaskan Datuk Dr Haron Din dari PAS dengan majoriti 1,371 undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan calon PAS Datuk Husam Musa dengan majoriti 5,541 undi.

Kerusi DUN Sungai Udang di Melaka menyaksikan Datuk Idris Haron menang mudah ke atas calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,136 undi.

Di Kedah, UMNO menguasai 19 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada PAS.

Pada PRU 2008, UMNO hanya menang 12 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi di negeri itu.

UMNO juga menang 10 daripada 13 kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyaksikan penambahan satu kerusi UMNO, yang berjaya menawan kembali Titiwangsa dan mengekalkan kuasanya di Setiawangsa.

Ternyata Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah masih menjadi kubu kuat UMNO apabila hampir menguasai kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertanding.

Meskipun Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor gagal dikembalikan kepada BN, prestasi UMNO di negeri berkenaan agak memberangsangkan kecuali Selangor yang menyaksikan parti itu hanya menang empat kerusi Parlimen, sama seperti pada 2008, dan menang 12 kerusi DUN berbanding 20 pada PRU12. - BERNAMA

Jumaat, 3 Mei 2013

Wan Azizah Sahkan Klip Video Nurul Izzah ?

 



“Secara peribadi sebagai seorang ibu, saya amat terguris hati dengan pengedaran klip video memaparkan bekas pensyarah dan anak sulung saya dalam keadaan yang mengaibkan.
 
“Sebagai pengajar yang diberi amanah untuk mendidik anak sulung saya, tindakan bekas pensyarah itu adalah dikutuk dan dikeji serta melanggar sepenuhnya tata etika sebagai seorang dengan memanipulasikan anak saya yang masih mentah ketika itu.
 
“Saya dan keluarga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan sesiapa yang terlibat membuat sebaran klip video tersebut,”katanya dalam laman peribadinya, wanazizahblog.com/
 
Semalam, seorang pembaca telah mengirim klip video tanpa tajuk berdurasi 1:15 minit yang didakwanya sebagai Nurul Izzah.
 
Namun, pembaca itu menegaskan Nurul Izzah bakal tewas di Lembah Pantai bukan bersandarkan klip video itu sebaliknya berdasarkan faktor-faktor lain.
 
“Bukan sebab video ini, tetapi disebabkan sikap angkuh dan budaya elit Nurul Izzah yang diwarisi dari darah ayahnya, Anwar Ibrahim.

“Selain itu, kenyataan Nurul Izzah sokong murtad dan LGBT mengguris sentimen pengundi Melayu-Islam,” tambahnya lagi, “katanya.
 
by on May 3rd, 2013

Khamis, 2 Mei 2013

Saiful Bukhari : Sumpah Laknat 2 Kaabah, Masjidil Haram. April 2012

 
Tahniah kepada saudara Saiful kerana begitu berani menegakkan keadilan demi menghalang seorang peliwat menjadi PM Malaysia..walahualam..